Zizie Tunjuk Bukti Anak Pakai Baju RM10

Dakwaan yang diberikan oleh Zizie Ezzette yang mengatakan bahawa dia membeli untuk baju anak-anaknya dengan RM10 di sebuah pasar raya.

Bagi membuktikan bahawa dia berkata benar, Zizie Ezzette telah berkongsikan bukti seperti dakwaannya.

Ini komen dan bukti untuk warga netizen yang tidak percaya dengan kata-katanya:

“So guys, saya hanya ingin berkongsi dengan anda kedai murah yang saya belikan untuk anak-anak dan pernah dipakai dalam posting-posting saya sebelum ini.

“Saya tak propa tau bila saya kata anak-anak memang pakai baju RM10” ujarnya di Instagram pada Khamis.

“Biarpun baju tak mahal, tiada brand sekalipun, janji nampak rapi dan kemas.

“Sejujurnya, kalau saya nampak baju harga RM10 pun saya akan beli jika cantik.

“Anak-anak cepat membesar dan ekonomi sekarang kurang baik, lebih baik berjimat untuk persekolahan mereka,”

Dia yang menunjukan bukti kerana ada segelintir netizen yang tidak percaya Datin Zizie Ezette sangup membeli baju berharga RM10 yang diangap murah.

Jelas Zizie, kerana keadaan ekonomi yang kurang baik disamping tanggungan yang semakin besar telah membuatkan dia harus bijak berbelanja.

Malah menurutnya, dia harus berjimat cermat tentang perkara yang lebih penting dan paling penting adalah urusan persekolahan anak-anaknya.

Kebanyakanha net memuji dan setuju dengan sikap redah diri isteri kepada Datuk Bung Moktar Radin yang bijak menguruskan wang perbelanjaan sekeluarga.

Sebagai rekod, Zizie telah berumah tangga dengan Bung Mokhtar pada 2009. Mereka telah dikurniakan anak kembar lelaki yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette yang lahir pada 30 November 2017 serta seorang cahaya mata perempuan pada 1 Mac lalu.

Bung Mokhtar dan Zizie telah mempunyai dua orang anak angkat berusia tiga dan satu tahun sebelum mereka mempi\unyai cahaya mata sendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here