Zizi Kirana ajar budak mengaji Al-Quran, tak lupa baca Yasin setiap malam Jumaat

Semua tahun, karakter Zizi Kirana dikenali sebagai seorang yang daring, seksi dan menggoda. Sampaikan ada yang melabel Zizi sebagai seorang yang suka tayang aset.

Akan tetapi siapa sangka penyanyi Zizi Kirana sebenarnya dulu pernah bergelar seorang ustazah apabila mengajar mengaji.

Berkongsi kisah pengalamannya, Zizi Kirana berkata selepas tamat pengajian di tingkatan lima, dia secara sukarela mengajar kanak-kanak mengaji Al-Quran di masjid kampung halamannya di Semporna, Sabah.

Ini pendedahan Zizi Kirana:

“Selepas memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya mengajar budak-budak mengaji di masjid selama lebih tiga tahun.

“Rumah saya memang betul-betul depan masjid, jadi saya ambil tugas mengajar adik-adik yang baru nak mengaji dan sampai sekarang orang kampung memang tahu saya dulu pernah mengajar agama.

“Selepas mengajar mengaji, bermulalah karier saya sebagai penyanyi nasyid bersama kumpulan Zaiyan dan akhirnya menjadi penyanyi komersial seperti sekarang ini,”

Sementara itu, walaupun agak sibuk dengan kerjayanya sebagai penyanyi yang semakin mencanak naik, Zizi Kirana mengatakan bahawa dia tak pernah lupa untuk membaca surah Yasin pada setiap malam Jumaat.

“Sampai sekarang saya selalu amalkan baca Yasin dengan niat sedekahkan kepada keluarga dan mereka yang sudah tiada.

“Kalau saya rasa susah nak tidur, saya buka Al-Quran dan berzikir. Ayat-ayat suci itu membuatkan saya tenang dan rasa tenteram.

“Secara jujurnya, saya pun masih lagi belajar tentang agama dan doakanlah supaya saya menjadi manusia yang lebih baik selepas ini,”

Sebelum ini, Zizi menerima pujian dan komen positif peminat apabila memuat naik foto dirinya mengenakan tudung di Instagram.

Zizi Kirana yang popular denga lagu rancak, telah menyambut baik komen tersebut dan mengucapkan terima kasih atas doa dan memberitahu akan mengenakan tudung jika dirinya sudah benar-benar bersedia.

Semoga Zizi Kirana berubah lebih baik sedikit demi sedikit.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here