Zizan terlepas ucap “I love you” pada Neelofa secara live

Telah viral satu video yang mana Zizan Razak berbirak secara live dengan Neelofa. Di akhir perbualan mereka, Zizan Razak secara spontan ucap perkataan keramat iaitu I love You kepada Neelofa.

Rakaman klip video berkenaan telah dikongsi di Instagram Lofa Videos menunjukkan Zizan sedang berborak dengan Neelofa menerusi IG Live.

Zizan telah bergurau memanggil Lofa sebagai PA dan disambut pengacara MeleTop ini dengan tawa besar.

Kata Zizan sewaktu memandu dan membuat live, tiba-tiba dia teringatkan kepada Neelofa dan kebetulan pengacara Meletop itu terus mesej dirinya.

Ey panggil Pa ni, aku napar key,” jawab Lofa sambil ketawa.

Ini videonya:

Netizen amat terhibur apabila melihat kedua-duanya selebriti popular ini berborak dengan loghat Pantai Timur.

Malah ada yang tak boleh move on dan telah mendoakan Zizan dan Lofa agar betul-betul berpacaran. Besar betul harapan para netizen ni.

Sebelum ini, gosip mengatakan bahawa Zizan Razak sedang mengenal hati budi pelakon comel Mira Filzah manakal Neelofa pula didakwa sedang kembali kepada Datuk Hans Isaac. Akan tetapi gosip ini tidak pernah disahkan oleh tuan punya badan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here