Zila Seeron dah buka tudung, ini respon terkejut Along Cham

Along Cham telah ditanya tentang isu apabila bekas isterinya, Zila Seeron kembali buka tudung.

Pelawak ini memberitahu dia amat berharap satu hari nanti anaknya, Ahmad Danial akan menjadi orang yang berjaya membuatkan bekas isteri itu untuk kembali menutup aurat.

Kata Along Cham, anak lelakinya pernah menegur Zila untuk memakai tudung ketika datang ke rumah untuk berjumpa.

Ini komen Along:

“Anak saya akan bercerita momen setiap kali ibu dia (Zila) datang melawat di rumah ibu saya. Ada satu hari itu, Danial beritahu dia ada meminta Zila memakai tudung dan menutup aurat.

“Terkejut juga anak saya boleh kata begitu tapi saya ada pesan dekat Danial, kalau nak tegur biar cara yang baik supaya ibu dia tidak terasa hati.

“Cuma apa yang saya harapkan satu hari nanti kalau bukan orang lain, biarlah Danial, anak dia sendiri menjadi orang yang menarik ibu dia kembali menutup aurat,”

Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 35 tahun berkata sedemikian ketika ditemui di malam tayangan filem Tiada Tajuk di MM Cineplex, Curve, Damansara, Petaling Jaya, pada hari ini.

Sebelum ini, bekas isterinya, Zila Seeron kembali jadi tumpuan apabila dikatakan kembali membuka tudung apabila dia dilihat memuat naik gambar terkininya di akaun Instagram pada 18 Mac lalu yang memperlihatkan dirinya dah kembali free hair.

Namun, bagi Along berkata dia tidak mengetahui perkara itu kerana beranggapan bekas isterinya sememangnya tidak memakai tudung selepas mereka bercerai pada Ogos 2016.

Ini pendedahan Along lagi:

“Sebenarnya saya terkejut juga bila baca artikel mengenai dia membuka tudung semula. Sebab setahu saya la, dia memang tak pakai tudung sejak kami bercerai.

“Tapi saya tak pastilah mengenai perkara itu. Kami pun tidak saling berhubung sejak itu. Apa-apa berkenaan dengan anak pun, dia akan hubungi ibu saya,”

Along dan Zila Seeron yang juga bekas bintang Akademi Fantasia 4 (AF4) itu berkahwin pada 23 Januari 2010 dan bercerai talak satu pada 29 Ogos 2016.

Sepanjang perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ahmad Danial yang kini berusia lapan tahun.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here