Ziana Zain Akui Salah, Mohon Maaf Hina Mahkamah

Ziana Zain telah membuat permohonan maaf kepada Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah menghina mahkamah (contempt of court) berkaitan kes melibatkan suaminya mendera anak.

Kesalahan itu ekoran Ziana Zain ada mengeluarkan kenyataan melibatkan bekas suami kepada pihak media.

Ziana dalam permohonan maafnya memberitahu dia tidak berniat untuk menghina mahkamah selain berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.

“Terima kasih atas peluang diberikan kepada saya. Saya tidak berniat untuk menghina mahkamah dan kenyataan dikeluarkan lebih kepada personal matter (hal peribadi) saya. Saya memohon maaf kepada mahkamah.

“Saya juga berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu,”

Ziana ditemani adiknya yang juga penyanyi Anuar Zain membuat permohonan maaf itu di hadapan Majistret, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Raja Noor Adilla dalam keputusannya menerima permohonan dibuat pihak pemohon iaitu Armin terhadap penghina (Ziana) selepas mendapati wujud keraguan munasabah terhadap kes itu.

Mahkamah bagaimanapun melepaskan dan menerima permohonan maaf dibuat penghina dengan satu amaran selain tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes yang sedang berlangsung.

Menurut fakta kes, Ziana didakwa mengeluarkan kenyataan menerusi beberapa sidang media selain temu bual dalam majalah Intrend keluaran Jun 2018 berhubung pendakwaan kes dera terhadap Armin yang sedang berlangsung di mahkamah.

Penyanyi lagu Anggapanmu itu didakwa mengeluarkan kenyataan bersifat prejudis kerana menyentuh perwatakan subjek dalam pendakwaan yang boleh mencemarkan nama pemohon.

Armin menerusi peguamnya membuat permohonan itu pada Julai 2018.

Sebelum ini Armin didakwa dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya di sebuah rumah di Denai Alam, dekat sini, di antara pukul 8 malam hingga 10.30 malam pada 24 Februari lalu.

Armin ditangkap pada 2 Mac lalu selepas Ziana membuat laporan polis pada 27 Februari lalu. Kemudian Ziana dan Armin mereka bercerai pada 12 Julai lalu.

Hasil perkahwinan mereka berdua dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman 18 tahun, dan Muhammad Ammar 14 tahun, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh 9 tahun.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here