Zaibo Dikatakan Lemah, Doakan Zaibo.. Ini Perkembangan Terkininya

Semalam melalui laman media sosial, ada perkembangan terkini mengenai keadaan kesihatan pelakon Zaibo. Pelawak dan pelakon ini dikatakan kini sedang tenat akibat penyakit kanser esofagus tahap empat yang dihidapinya.

Zaibo yang terkenal menerusi sitkom Spanar Jaya bagaimanapun tampil memebri respon tentang isu ini. Zaibo menafikan perkara itu dan menjelaskan gambar yang tersebar telah dirakamkan beberapa bulan yang lepas.

Dari gambar berkenaan, ianya menunjukkan keadaan fizikal Zaibo yang sangat kurus dan lesu.

Ini tulis lelaki berkenaan:

“Orang slalu tanya mana dia menghilang.. Untuk makluman.. Acik zaibo sedang sakit tenat..semakin kurus.. Gamba bersama saya tu bulan julai tahun ni.Sama sama kita doakan kesihatan beliau.. Ammin.”

Ini pula respon dari Zaibo tentang keadaannya ketika ini:

“Alhamdulillah keadaan saya sekarang baik, cuma perlu rehat yang cukup selepas membuat rawatan kanser. Itu adalah gambar lama dan saya kini berada di Johor untuk meneruskan rawatan susulan”

Menerusi perbuatan telefon bersama Zaibo, 62, dia bagaimanapun kedengaran agak lemah.

Namun yang demikian, dia memohon agar peminat tidak membuat sebarang spekulasi negatif dan sebaliknya berharap orang ramai mendoakan kesejahteraannya.

Pada bulan September yang lalu, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan satu khabar duka apabila pelakon Zaibo mengakui sedang bertarung dengan penyakit kanser esofagus tahap empat.

Kata Zaibo lagi, dia diberitahu menghidap kanser tersebut apabila melakukan pemeriksaan kesihatan susulan berhadapan masalah tersedak dan muntah selepas makan.

Untuk pengetahuan semua, bahagian saluran Esofagus ialah bahagian salur makanan yang terletak diantara tekak dan perut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here