Ya suami sudah tua.. Jadi apa masalahnya – Shima Anuar

Pelakon Shima Anuar telah tampil memberi penjelasan bahawa usia suaminya, Mohd Solih Toha yang kini mencecah 50 tahun bukan satu masalah dalam hubungan perkahwinan mereka.

Pelakon berumur 27 tahun itu berkata dia bersyukur kerana dikurniakan suami seperti Mohd Solih Taha dan suaminya masih mampu memberi zuriat dalam rumah tanga yang dibina lebih setahun yang lalu.

Ini komen Shima Anuar:

“Ramai sangat yang nak tahu tentang suami saya. Ya dia sudah tua (tapi tidak tua bagi saya). Dia sudah 50 tahun tapi itu bukan sesuatu perkara besar bagi saya. Apa yang penting tua-tua pun dia boleh bagi saya beranak”

Shima Anuar jawab soalan netizen berkaitan usia suaminya yang merupakan seorang ahli perniagaan. Pelakon itu memberi penjelasan berkenaan berikutan ramai netizen yang menegur foto dan video yang dimuat naik di laman sosial berkaitan usia suaminya.

Selain itu, Shima Anuar berkata, dia amat bersyukur dikurniakan suami yang bertanggungjawab dan sentiasa berada disisinya.

“Alhamdulillah, dia seorang yang sangat baik, bertanggungjawab segala kehendak saya ditunaikan. Dia tidak pernah merunggut, meninggi suara dan sangat penyabar. Saya bersyukur dikurniakan suami seperti ini. Jadi apa masalahnya kalau kahwin dengan orang yang lebih berusia?”

Ini komen penuh dari Shima Anuar:

Shima berkahwin dengan Mohd Solih Toha pada tanggal 8 April 2017. Apaapun walaupun beza umur yang jauh tetapi yang penting adalah kebahagiaan yang dikecapi.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here