“Ya, dua-dua gambar itu memang saya” – Abang Syed Saddiq pula beri respon gambar free hair Emma

Syed Abdulla iaitu abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq telah tampil dan membuat pengakuan bahawa dirinya adalah lelaki yang kelihatan dalam dua keping foto yang menjadi vrial pada hari ini.

Lelaki ini yang dikatakan Kekasih kepada Emma Maemong, tampil memberi penjelasan lanjut tentang kedua-dua gambar berkenaan.

Ketika dihubungi, Syed Abdullah telah menafikan bahawa wanita yang duduk di celah kangkangnya bukan pelakon Emma Maembong.

“Ya, lelaki dalam kedua-dua gambar adalah saya tetapi wanita yang bersama saya di dalam bilik itu bukan Emma seperti yang didakwa.”

“Itu adalah wanita lain dan gambar tersebut diambil kira-kira empat tahun lalu,”

Namun abang kandung Syed Saddiq itu mengakui wanita yang kelihatan menerusi gambar yang diambil dalam sebuah restoran adalah Emma Maembong.

Kebelakangan ini hubungan mesra antara Syed dan Emma mula diperkatakan sejak kedua-dua individu berkenaan memuat naik gambar mereka berdua pada laman sosial masing-masing.

Sebelum ini, kecoh penyebabaran gambar tidak bertudung akhirnya pelakon cantik jelita Emma Maembong dan juga abang kepada Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman.

Merek berdua dikatakan kini sedang menjalin hubungan cinta.

Emma Maembong telag akui satu foto berkenaan adalag dirinya manakala dia telah menafikan dia adalah individu dalam sekeping lagi foto di celah kangkang lelaki terbabit.

“Ya betullah tu. Manusia sentiasa buat silapkan. I am sorry, tapi gambar dalam bilik itu bukan, rambut pun tak sama. Sorry again.

“Saya tak tahu kenapa mereka gabungkan gambar dalam bilik itu kerana ia bukan saya,”

Emma Maembong telah memberi penjelasan berkenaan di laman sosialnya pada ahri ini setelah dua foto berkenaan menjadi viral.

Sementara itu, Emma turut mengakui foto tidak berhijab itu merupakan foto yang dirakamnya baru-baru ini, namun dia masih mengekalkan penampilan bertudung.

Emma berkata, dia berani untuk mengakui perkara tersebut selepas menerima serangan netizen yang kurang berpuas hati.

“InsyaAllah Emma akan cuba yang terbaik, terima kasih sebab nasihat. Kenalah minta maaf, orang sudah komen maki-maki sebab sakit hati dekat Emma,”

sumber: Mstar / MHETV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here