“Ya Allah permudahkan lah urusan kami” – Hafiz Suip Harungi Detik Cemas Di Jepun

Penyanyi popular Hafiz Suip kini sedang bercuti bersama keluarganya di negara matahari terbit iaitu Jepun. Namun secara tiba-tiba negara berkenaan kini sedag menerima ancaman dari serangan typhoon.

Memang tak diduga, Hafiz Suip kini terpaksa harungi detik penuh mencemaskan apabila berdepan dengan serangan taufan di Jepun.

Penyanyi lagu Awan Nano, Bahagiamu Deritaku dan Muara Hati ini telah berkongsi detik yang mencemaskan itu menerusi satu update di akaun Instagram miliknya.

Katanya, amaran Taufan Trami telah menyebabkan dia dan ahli keluarganya terkandas dan diarah untuk tidak meninggalkan hotel penginapan berkenaan.

Ini perkongsian Hafiz Suip:

“Ya Allah permudahkan lah urusan kami..hari ni berita di okinawa southern japan telah dilanda typhoon trami dan baru tadi kami diberitahu semua orang diarah untuk duduk di dalam bangunan sahaja..Alhamdulillah kami dah sampai di bilik hotel dan menanti berita dalam tv… (sebab tadi kitorang masuk tv jepun hahahaha walaupun sepatah tak paham janji dapat tengok diri dalam tv jepun )

Tambah Hafiz Suip lagi, dia kini sentiasa mengikuti perkembangan terkini tentang taufan tersebut menerusi liputan berita yang disiarkan oleh stesen television tempatan.

Di ruangan komen, rata-rata para follower dan para netizen mendoakan keselamatan Hafiz Suip dan keluarganya sepanjang berada di bumi Jepun itu.

Apapun semoga segala urusan Hafiz Suip dan keluarga dipermudahkan dan berharap agar penyanyi tersebut dapat pulang ke tanah air dengan selamat. InsyaAllah.

UPDATE TRKINI: Hafiz Suip dilihat sudah keluar dari hotel menerusi perkongsian dari laman IG milik isterinya semalam. Syukur semua selamat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here