Buat pertama kalinya, Karnival Usahawan Desa telah dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) secara online. Bermula pada 11 dan juga 25 November 2020 ini, Jualan Siber bakal diadakan di mana kedua dua tarikh adalah pada hari rabu dan disambung pula dengan Jualan Mega pada 4-6 Disember 2020 ( Jumaat hingga Ahad ).
Apa yang menariknya, selain daripada Jualan Siber dan Jualan Mega, pengisian Karnival Usahawan Desa secara dalam talian (eKUD@KPLB 2020) kali ini melibatkan sebanyak 500 buah booth digital yang terdiri daripada Booth Usahawan, Booth Agensi Kerajaan, Booth Korporat dan juga Booth Jemputan.
Antara yang best nanti, korang boleh dapatkan produk produk yang korang suka kerana antaranya Makanan dan Minuman (F&B), Kesejahteraan seperti produk spa, kosmetik dan makanan tambahan serta Gaya Hidup meliputi produk seperti fesyen, aksesori dan kraftangan.
Selain itu, terdapat juga booth jemputan yang terdiri booth jualan hartanah, jualan kenderaan, sektor pelancongan dan telekomunikasi di mana pelbagai diskaun hebat menunggu korang.
Dengan adanya platform DesaMall@KPLB, lepas ni korang dah boleh dapatkan produk luar bandar dengan mudah. Tak perlu susah lagi dah nak pergi jejauh semua kat hujung jari je.
Menerusi Jualan Siberseg eKUD@KPLB 2020, pelbagai program disediakan antaranya insentif baucar diskaun bagi pembeli baharu dan pembeli sedia ada, live streaming sales melalui platform Desamall Shopee Live, Desamall Lazada Live, Jualan Kilat serta ‘Shocking Sales’.
Bagi korang yang tak sabar nak shopping, segera dapatkan baucar diskaun hebat dan boleh dapatkan maklumat lanjut ;
Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/desamallonline/
Shopee: https://shopee.com.my/desamall.elokal
Prestomall: https://www.prestomall.com/store/desamall
YouBeli: https://www.youbeli.com/desamall
WowShop: https://www.cjwowshop.com.my/all-categories/desamall.html?p=2
Elokal: https://elokal.com.my/
Vettons: https://www.vettons.com/
Grab: https://www.grab.com/my/
Foodpanda: https://www.foodpanda.my/