Penyanyi berusia 25 tahun, Wany Hasrita menjadi tumpuan ramai apabila berjaya memenangi anugerah berprestij iaitu Bintang Paling Popular di ABPBH kali ke 31. Namun pelakon yang penuh kontroversi iaitu Fathia Latiff tampil berani dengan mempersoalkan kemenangan Wany Hasrita itu.
Tak lama kemudian, Fathia Latiff telah memadam status yang ditulis di IG miliknya namun ianya telah menjadi viral. Kini Fathia Latiff tampil memberi kenyataan tentang isu ini.
Kata Fathia Latiff, dia berhak untuk bersuara menyatakan pendapatnya mengenai kemenangan Wany merangkul Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH31) Ahad lalu.
Jelas pelakon Ariana Rose ini, beliau tidak mempunyai masalah dengan penyanyi tersebut, dan mengatakan itu hanyalah pandangan peribadinya sahaja. Sekali lagi, tegas Fathia, ramai lagi selebriti popular yang lebih layak untuk menang.
Ini kenyataan dari Fathia Latiff:
“Saya berhak untuk bersuara dan berhak memberi pandangan mengenai kemenangan Wany sebagai Bintang Paling Popular. Sejujurnya, saya tidak ada masalah atau bergaduh dengan dia. Cuma, dia belum lagi layak untuk menang”
“Dan saya tidak berpuas hati dengan sistem keputusan pada malam itu sebab masih ramai lagi selebriti yang dah lama dalam industri ini lebih terkenal daripada dia. Saya padam kenyataan itu kerana berfikiran saya perlu menghormati peminat-peminat Wany”
“Selain itu, saya tak nak foto di Instagram saya kurang cantik dengan adanya posting tersebut. Tapi walaupun saya dah padam, saya tetap dengan pendirian yang Wany memang tidak layak untuk memenangi anugerah tersebut,”
Terdahulu, Fathia Latiff telah upload foto Wany Hasrita di laman media sosialnya dan menyatakan penyanyi itu tidak layak menang anugerah BIntang Paling Popular. Namun kemudian, Fathia Latiff telah memadam foto berkenaan.
Sumber: mStar