“Bangunlah.. Lihat Anakmu” – Ibu koma setelah lahirkan anak… Suami setia menunggu di sisi isteri

Kerana komplikasi ketika bersali menerusi pembedahan Caeserean Section, seorang wanita telah koma dan sehingga kini masih belum sedar.

Wanita ini bernama Nurfadila dan telah melahirkan bayi lelaki November lalu. Bayi mereka telah selamat dilahirkan dengan sempurna namun si ibu alami komplikasi sehingga komen.

kalau ikutkan, sehingga ke hari ini sudah 51 hari Nufadila atau lebih mesra disapa “Moklaa” berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Di laman media sosial Facebook, kakak kepada Moklaa telah berkongsi perkembangan terkini dan meluahkan rasa sedih dengan takdir yang menimpa adiknya.

Ini kronologi kes yang dialami oleh ibu ini:

CORETAN KEADAAN MOKLAA..

22.10.2018: “Genap setahun perkahwinan mokla…”

08.11.2018: “Tarikh due bersalin moklaaa… namun tiadaa tanda baby nk keluar.. menyebabkan moklaa “over due”

14.11.2018: “Mokla berjalan dgn rela hati menyerahkan diri ke HRPZ II… Dengan azam akan membawa pulang seorang zuriat bersama… Suami sentiasa di sisi waktu ini”

15.11.2018: “mokla dipaksa bersalin dengan kaedah INDUCE… sakit yg teramat namun rela kerana ank yg dikandung…

16.11.2018: “INDUCE kali kedua keatas moklaa.. namun result tetap sama 2cm…

17.11.2018: “INDUCE kali ketiga keatas moklaa.. result tetap sama… 2cm

18.11.2018: “mokla ditolak ke bilik OT utk ceaser… maka lahirlah seorang bayi lelaki seberat 3.7kg…

“NAMUN… suami mendapat dua berita dari doktor.. satu baik dan satu buruk…
Pilihan si suami.. baik dahulu.. baby selamat.. buruk pula.. isteri koma dan akan dipindah kan ke unit rawatan rapi ICU…

“Ketika itu Hanya Allah yg tahu perasaan seorang suami…

18.11.2018: “juga tarikh keramat buat keluarga n suami mokla.. Bila mana doctor mengesahkan Moklaa koma kerana komplikasi waktu operate bersalin…

“Dikala itu sepatutnya mokla mendapat ucapan TAHNIAH dari teman, saudara mara n kaum keluarga… Namun sebaliknya.. Hanya DOA minta kesembuhan yg diterima… ALLAHU…

“Disaat ini mokla dan suami sepatutnya meraikan kehadiran tanda cinta mereka.. Namun sebaliknya.. Ujian yg amat berat diterima…

“Sekarang umur baby dah 51hari…
Moklaa d wad ICU jga 51 hari…
Suami setia menunngu d sisi isteri tercinta..

“Pengorbanan seorang isteri utk lahirkan zuriat… pengorbanan seorang ibu utk keselamatan anknya…Allahuuu…

Mari kita doakan semoga semuanya selamat dan ibu ini kembali sedar dan dapat memeluk anak tersayang.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here