Wanita Indonesia Serang Guna Cili, Merompak Di Tempat Parking.. AKHIRNYA Ditahan

0
7842

Ini satu kes jenayah yang menjadi viral di laman media sosial Facebook hari ini. Seorang wanita Indonesia berusia 34 tahun telah ditahan pihak polis selepas dia menyerang seorang wanita di tempat parking di sebuah pusat membeli-belah di AEON Taman Maluri, Cheras.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon mengesahkan hal ini dan memberitahu wanita berkenaan telah ditahan polis. Beliau berkata, suspek ditahan susulan laporan dia melakukan serangan itu di tempat letak kereta pusat beli-belah tersebut pada Jumaat. Pihak polis akan menahan suspek dan direman selama 14 hari.

Kes ini menjadi buah mulut orang ramai apabila seorang pengguna Facebook, Diana Abdullah memuat naik posting menceritakan pengalaman seorang wanita menyimbah cecair berlada ke seorang wanita bernama Sasha ketika mangsa ingin masuk ke dalam keretanya.

Ini antara perkongsian dari Diana Abdullah:

“Saya berada di Aeon dan terlihat bunyai yang agak bising di tempat letak kereta. Saya pergi untuk melihat apa yang berlaku di sana. Rupanya seorang wanita telah menyimbah cili kepada seorang wanita lain bernama Sasha ketika hendak masuk ke dalam kereta. Sasha basah kuyup dan cili itu membuatkan kulitnya berpijar. Anak saudara lelakinya juga terkena cili itu.

“Suspek telah ditahan dan dipegang oleh seorang lelaki yang kebetulan berada di tempat kejadian. Semua orang ramai kemudian mula beredar selepas pihak sekuriti tiba,”

“Sasha meminta bantuan saya untuk menemaninya ke balai polis untuk membuat laporan. Di balai polis, polis menasihatkan Sasha untuik ke hospital terlebih dahulu kerana kulitnya kemerahan.

“Kami kemudian pergi semula ke tempat letak kereta dan saya tolong dia bersihkan tempat duduk kenderaan. Sasha pergi ke HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia)”

Menurut wanita itu lagi, Sasha mengalami melecur tahap pertama, namun dia dan anak saudaranya dalam keadaan baik

Diana juga mendedahkan wanita Indonesia itu merupakan pendatang asing tanpa izin dan pernah membuat rompakan sebelum kejadian itu. Wanita Indonesia itu dilihat menerusi CCTV merompak seorang wanita mengandung di pagi hari yang sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here