Wanita Hamil 7 Bulan Nekad Jalan 2 Jam Untuk Lari Dari Suami Durjana

Wanita khususnya sering kali menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh lelaki yang bergelar suami. Amatlah malang bagi wanita yang tidak dapat mengecap kebahagian melalui perkahwinannya.

Dek kerana sikap seorang suami yang suka mendera mental mahupun fizikal seorang isteri ternyata ia adalah sangat dayus.

Terkini, apabila seorang pengguna media sosial Facebook yang dikenali sebagai Franis Ngu Hown Hua telah berkongsi tentang kisah seorang wanita yang didera oleh suaminya.

Wanita malang yang dikenali sebagai Christina Anak Anggan yang berumur 24 tahun telah menjadi mangsa dera dan pukul oleh suaminya. Wanita ini dikatakan telah berjalan kaki selama 2 jam kerana mahu melarikan dan menyelamatkan diri daripada terus didera oleh suami durjana itu.

Wanita itu yang sedang hamil 7 bulan dengan membawa bersama anak perempuannya  Chatrine 4 tahun berjalan kaki hampir 2 jam dari ladang untuk mencari pertolongan orang ramai.

Kejadian dera dan pukul ini sudah lebih 50 kali berlaku malah pernah sekali sampai pecah kepala ditetak menggunakan parang sampai terkena 7 jahitan.

Cerita ini telah disampaikan oleh ayah Chistina yang kebetulan  ada membawa baju Christina serta cucunya dari Ulu Sebauh. Mereka sudah nekad mengambil keputusan dan telah membuat laporan polis serta suami durjana itu sudah pun ditahan reman.

Kampung Christina yang jauh dari pekan Sebauh, menyebabkan dia perlu menumpang dirumah sepupunya sehingga melahirkan anak kerana untuk sampai kesana ia mengambil masa 2 jam perjalanan dengan menaiki kereta.

Lebih menyedihkan apabila ibu bapa Christina juga tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya seorang petani yang berkebun serta tidak mampu untuk menyara anak serta cucunya itu.

Semua warga net yang mendengar kisah ini turut bersimpati dengan nasib  yang terjadi terhadap Christina serta anaknya yang masih kecil itu. Semoga suami wanita malang ini dihukum dengan sewajarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here