“Walaupun dalam keadaan sukar, awak masih berdiri teguh sebelah saya” Ucapan Aliff Aziz buat isteri

Selepas dihimpit satu kontroversi kes curang buat kali kedua sepnajang perkahwinan dengan Bella Astilla, Aliff Aziz dilihat hanya berdiam diri di laman media sosialnya ketika ini.

Penyanyi kelahiran Singapura ini memilih untuk berdiam diri dan tak memuat naik sebarang status di media sosial IG miliknya. Aliff Aziz ada buat satu video khas yang mengaku dirinya bersalah melalui satu video di Ig live.

Semalam, buat sekian lamanya, akhirnya Aliff Aziz muatnaik foto di laman IG.

Ianya bersempena dengan ulang tahun kelahiran isteri tercinta, Bella Astillah yang ke 25.

Aliff dilihat telah menulis satu caption memberi ucapan selamat hari jadi kepada isterinya itu.

Setiap pengorbanan Bella Astilla sebagai isteri, amat dihargai oleh Aliff Aziz apatah lagi Bella terus setia bersamanya walaupun pelbagai dugaan melanda pasangan ini.

Bagi Aliff, Bella merupakan antara wanita paling kuat yang pernah dilihatnya sepanjang hidupnya.

Aliff juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Bellah kerana melahirkan anak mereka, Ayden.

Ini ucapan Aliff:

“Today is the 15th of March and it marks another year of existence for one of the strongest woman I’ve ever met in my life. Yes although many would frown upon what I have to say but it’s okay.

“Happy 25th birthday to my wife @bellaastillah! May Allah bless you with more fruitful years and bless you with good health and wealth and happiness. I know it has been very rough these while yet you still stood by me. Thank you for the priceless gift of a smart handsome life in our lives named @aydenadrean17. Happy Birthday!

Para follower yang membaca ucapan itu turut meninggalkan komen dan memberi nasihat kepada Aliff agar tidak mensia-siakan lagi isterinya itu. Akan tetapi, tak lama kemudian, Aliff Aziz telah menutup ruangan komen.

Hargailah pasangan anda wahai suami isteri.

Sumber: IG Aliff Aziz

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here