Wahai jantan, kenapa kejam sangat – Fasha Sandha

Satu kes rompak dan pukul yang berlaku di Stesen MRT Taman Mutiara, Cheras pada pagi 14 Februari lalu telah mendapat perhatian pelakon popular Fasha Sandha.

Melalui laman IG miliknya, Fasha Sandha telah meluahkan rasa berang dengan tindakan suspek itu yang membelasah mangsa berkenaan.

Pelakon ini telah melabel lelaki itu sebagai seorang jantan yang amat kejam.

Ini tuils Fasha Sandha di IG nya:

“Wahai jantan kejam, kenapa kejam sangat! Dahlah kau merompak, lepas tu kau belasah perempuan tu macam tu, kalaulah orang buat kat adik perempuan kau atau mak kau macam mana?

“Manusia ni kejam, harap cepat ditangkap. Kesian perempuan tu. Hati2 ya kawan2 semua. Pesanan untuk ibu juga sbb ibu pun kadang2 keluar sorang juga.

SUSPEK BERJAYA DIBERKAS

Sementara itu, suspek berkenaan kini telahpun berjaya diberkas oleh pihak polis pada hari ini. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim mengesahkan hal berkenaan.

Polis memberitahu tangkapan suspek berusia 26 tahun itu dibuat sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sebuah rumah di Taman Cheras, pada jam 8.10 malam tadi.

Katanya, suspek akan dibawa ke mahkamah esok pagi bagi mendapatkan perintah reman.

Diimbas kembali, dalam kejadian rompakan itu, ianya berlaku kira-kira jam 6.45 pagi yang mana mangsa seorang wanita berusia 48 tahun, diserang seorang lelaki ketika menaiki lif di Stesen MRT Taman Mutiara.

Kejadian dirakamkan Kamera Litar Tertutup (CCTV) dalam lif berkenaan dan menjadi viral di media sosial.

Berdasarkan rakaman selama 55 saat itu, mangsa yang menaiki lif seorang diri dipukul dan ditendang suspek sebelum melarikan kad pengenalan, kad bank dan wang tunai RM400.

Berikutan kejadian, wanita itu mengalami bengkak di dahi serta kesakitan pada bahagian badan dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar.

Sumber: IG Fasha / BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here