Vivy Yusof dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM, ramai netizen persoalkan

Ahli perniagaan dan usahawan popular dan berjaya iaitu Datin Vivy Yusof memaklumkan satu berita gembira apabila dia kini dilantik sebagai sebahagian daripada ahli lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Vivy yang baru berusia 32 tahun, amat teruja dengan berita berkenaan. Katanya, perlantikan itu diberikan kepadanya oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik atas dasar kepercayaan dan tanggungjawab yang mampu digalas olehnya.

Ini komen Vivy dia laman IG miliknya:

“Berdiri bulu roma saat saya melihat ini. Alhamulillah, saya telah diberi tanggungjawab yang besar oleh Menteri Pendidikan sebagai ahli lembaga pengarah termuda Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Saya amat menghormati Pengarah Urusan dan ahli lembaga lain di atas usaha keras mereka.

“Meskipun saya tidak memiliki pengalaman sama seperti mereka, saya berharap dapat memberi sumbangan terbaik daripada segi idea dalam membawa pembaharuan untuk manfaat bersama dalam industri pendidikan. Bismillah untuk tugasan baharu ini!”

REAKSI NETIZEN

Di laman Facebook rasmi UiTM, perlantikan itu menerima pelbagai reaksi dari para netizen.

Ramai yang menyatakan rasa kurang senang kerana menurut mereka terdapat individu lain yang lebih layak untuk memikul tanggungjawab berkenaan berbanding Vivy.

Antaranya netizen menyatakan beberapa alumni UiTM yang turut mencipta nama dalam bidang masing-masing seperti pereka fesyen terkenal tanah air seperti, Hatta Dolmat, dan Rizman Ruzaini serta penyanyi antarabangsa Yuna.

Ini antara komen netizen yang lahirkan rasa tak puas hati:

“Bagi saya, lagi sesuai kalau usahawan berjaya yang alumni UiTM dilantik kalau dibanding dengan Vivy ni. UiTM perlu beri penjelasan juga kenapa dia?

“Apa? Macam tiada orang lain ke? berapa banyak research dia buat? Kalau setakat usahawan yang berjaya, cukup bagi ikon sahajalah.

“Apa yang membuatkan dia layak dilantik memegang jawatan ini? Pernahkah dia berkhidmat untuk universiti awam sebelum ini? Adakah dia memahami apa yang pelajar inginkan?”

Untuk pengetahuan, Vivy merupakan graduan lulusan undang-undang dari London School of Economics di United Kingdom.

Untuk rekod, beliau pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk Bella Business Award 2013, Prestige Magazine’s 2015, List of Top 40 Under 40, 60 Wanita Inspirasi Nona, Young Entrepreneur Award dari Tribute To Women Malaysia, Top 5 kategori Fesyen MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2017 dan Top 5 Personaliti Media Sosial di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here