Viral Gambar Sayu Bapa Bawa Anak Naik Motor, Ini Kisah Sebenar Yang Ramai Tak Tahu

Semalam, telah jadi viral di laman sosial satu foto memperlihatkan seorang bapa mengendong anak kecil menaiki motor yang berhenti di lampu isyarat di ibu kota.

Si ayah sedang bekerja dengan membawa motor kurier CityLink.

Gambar berkenaan telah mengundang rasa sebak, sayu dan simpati orang ramai yang terharu dengan pengorbanan ditunjukkan oleh si ayah dalam mencari rezeki.

Apabila gamabr ini menjadi viral, seorang netizen telah berusaha untuk mencari individu berkenaan.

Akhirnya setelah menghubungi beberapa pihak majikan iaitu City Link akhirnya, netizen berkenaan telah berjaya menghubungi lelaki tersebut untuk bertanyakan cerita sebenar tentang gambar yang viral berkenaan.

Pengguna Twitter menggunakan nama Adam telah menghubungi lelaki penghantar kurier berkenaan menerusi Whatsapp setelah berhubung dengan syarikat dia berkhidmat.

Si ayah berkenaan bernama Muhammad Ikhram bin Ahmad turut meluahkan rasa segan dengan perhatian diterimanya.

Akan tetapi, Muhammad Ikhram tetap menghargai sumbangan yang ingin dihulurkan kepada dia dan keluarga.

Tak mahu membuatkan netizen salah faham, Muhammad Ikhram menjelaskan dia mengendong anaknya berusia setahun, Nur Chayra Ziaulhaq untuk dihantar ke taska.

Dia juga turut meminta maaf atas salah faham yang berlaku yang risau akan anaknya itu.

Ini kisah sebenar yang berlaku:

Jadi kepada yang nak derma ikhlas tu boleh lah buat sumbanagn ke akaun BSN ini.

Nombor akaun BSN: 1411229000004567
Nama: MUHAMMAD IKHRAM BIN AHMAD

Semoga keluarga encik Mat dimurahkan rezeki selalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here