VIDEO: Zamani Secara Jujur Jawab Pertanyaan Che Ta Tentang Hubungan Dengan Siti Nurhaliza

Penyanyi disayangi ramai, Zamani Slam telah menjawab persoalan tentang hubungannya dengan penyanyi nombor satu tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menerusi rancangan Teh Tarik Che Ta di RTM, pengacara Rozita Che Wan telah bertanay soalan cepumas tentang hubungan penyanyi ini ketika zaman muda mudi dahulu.

Ianya merupakan kisah silam yang kini menajdi kenangan buat Zamani dan juga Siti Nurhaliza. Apabila ditanya tentang kisah ini, Zamani memohon maaf terlebih dahulu kepada Datuk Siti Nurhaliza sebelum membuka mulut memori berkenaan.

Kata Zamani, mereka mula berkenalan ketika rancangan Muzik-Muzik yang ketika itu di peringkat akhir iaitu Juara Lagu sekitar tahun 1996-1997. Kata Zamani dia approach dan mulakan hubungan.

Malah lebih memeranjatkan, Zamani memberitahu bahawa dia dan Siti Nurhaliza dulu menjalin hubungan selama 6 tahun lamanya.

Ini antara komennya:

Che Ta: “Zamani Slam pernah digosipkan dengan Siti Nurhaliza, itu memang betul, ia bukan gosip, Zamani memang pernah bercinta dengan Datuk Siti, so berapa lama perhubungan itu.”
Zamani: “Kena Jawab ke? Apapun Datuk, saya cerita ye Datuk, Che Ta punya pasal kan. benda ni melibatkan dua pihak. Kitorang kenal pun kat Muzik-Muzik masa tu Juara Lagu tahun 1996/1997.”

Che Ta: Siapa minat siapa?
Zamani: Selalu lelaki minat perempuan kan, saya normal procedure, kita approach dan kemudian kita kawan-kawan.

Che Ta: Berapa lama hubungan tu? Setahun?
Zamani: Eh lebih, dekat 6 tahun juga la.

Kemudian Che Ta juga ada bertanya kenapa mereka putus, jom tonton video penuh dan jawapan dari Zamani.

Ini video penuhnya:

Teh Tarik Che Ta Bersama Zamani

Rancangan Teh Tarik Che Ta.. Pengakuan Zamani Slam pernah bercinta dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza.. Matang cara Zamani, sungguh tenang đŸ™‚

Posted by Rozita Che Wan & Zain Saidin on Tuesday, 30 October 2018

Ini pula video penuh rancangan Teh Tarik Che Ta ini:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here