(VIDEO) “Tunjuk di mana saya sebut SST akan kurangkan harga” – Lim Guan Eng

Agak kecoh di sesi Parlimen hari ini, apabila Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guang Eng mempertahankan kenyataannya bahawa tiada jaminan harga barang akan turun seleps perlaksanaan SST yang telah menggantikan GST.

“Saya ingin tegaskan sekali lagi seperti pernah disebut dalam sesi Parlimen sebelum ini bahawa kerajaan tidak pernah jamin harga barang tidak akan naik”

“Saya ada sebut banyak kali jika YB boleh tunjuk di mana saya sebut SST akan kurangkan harga tolonglah beri petunjuk pada saya. Jika tidak ada tunjuk bukti, jangan sebar fitnah jahat yang tidak berasas ini.”

“PRK Port Dickson telah membuktikan sebar fitnah jahat tidak laku lagi. Rakyat telah beri keputusan. Fitnah adalah perkara lapuk, tak ada modal lagi. Biar kita tujukan pada fakta dan angka yang sebenar”

Kenyataan ini dikeluar sebaik Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan kenaikan SST sama sekali tidak memberi keringanan kepada rakyat.

Dalam rakaman Parlimen tersebut, Lim Guan Eng telah diganggu dari terus memberi penjelasan tentang SST oleh parlimen pembangkang yang dilihat tak berpuas hati dengan kenyataan tersebut.

Lim Guang Eng dalam pada itu menyeru mana-mana pihak untuk menunjukkan bukti jika beliau pernah mengeluarkan kenyataan bahawa SST akan turunkan harga barang.

Dalam perkembangan sama Guan Eng berkata, sejak pelaksaan SST kerajaan telah kehilangan hasil cukai berjumlah RM17 bilion pada tahun 2018.

“Sebahagian daripada pengurusan kutipan tersebut akan diimbangi tambahan hasil petroleum dan juga dividen daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tertentu.

“Di samping itu antara langkah lain untuk meningkatkan hasil (kerajaan) persekutuan ialah menerusi aktiviti audit dan siasatan berterusan oleh Lembaga Hasil dan Kastam bagi meningkatkan pematuhan cukai. Kerajaan juga akan meneroka sumber hasil baru, terutamanya aktiviti transaksi (perniagaan) atas talian,”

Apabila ditanya tentang jenis cukai baru yang akan diperkenalkan oleh kerajaan, Lim Guan Eng berkata, ia akan diumumkan dalam belanjawan negara pada 2 November ini.

Sumber: KiniTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here