Memang cantik sangat pasangan ni, bak pinang dibelah dua. Fasha Sandha dan tunangnya iaitu Aidil Aziz kini hanya menghitung hari untuk bergelar suami isteri.
Menerusi satu laman IG pereka fesyen, kedua bakal pengantin ini dilihat telah mengabdikan kenangan terindah penuh rasa cinta menerusi gambar dan video pra perkahwinan (pre wedding).
Memakai busana perkahwinan serba putih rekaan eksklusif, Azura Couture, memang jelas kelihatan berseri-seri wajah kedua pengantin ini.
Ini videonya:
Prewedding Aidil Aziz dan Fasha Sandha.. Cantik!!
Video: Prewedding Aidil Aziz dan Fasha Sandha memakai busana dari Azura Couture.. Memang gorgeous!!Juga video throwback majlis pertunangan pasangan ini.
Posted by Rozita Che Wan & Zain Saidin on Monday, 11 March 2019
Sebelum ini, Fasha dan Aidil telah mengambil langkah berhati-hati untuk mengumumkan tarikh akad nikah mereka yang dijangka berlangsung penghujung bulan ini.
Walaupun telah viral dan tersebar satu info tentang kad jemputan majlis sambut menantu yang berlangsung di kampung halaman Aidil di Rembau pada 6 April, namun tarikh nikah masih belum diketahui, maklumlah takut kena serbu pula dan nanti jadi kelam kabut.
Ini komen Aidil:
“Saya mempunyai ramai saudara mara dan kena menyerahkan jemputan secepat mungkin kerana bimbang bertembung dengan kenduri saudara mara lain.
“Tak sangka ia tular dan sebab itulah saya tidak berani mengumumkan tarikh nikah kerana belum bersedia,”
Namun begitu, untuk majlis akad nikah di kampung halaman Fasha di Perlis pula, khabarnya masih banyak perkara belum diselesaikan. Fasha Sandha berkata sehingga kini hanya perancang perkahwinan saja yang sudah ditempah dan perkara lain masih belum diputuskan lagi.
“Saya agak sibuk dan perlu berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Perlis. Tambahan pula saya sangat cerewet dan teliti terutama bab makanan yang dihidangkan kelak.
“Umum tahu, kalau pergi kenduri kahwin, selalunya orang akan bercakap mengenai makanan dan kalau tidak menepati cita rasa, pasti ia akan potong ‘mood’
Fasha dan Aidil telah bertunang dalam satu acara tertutup di kediaman Fasha di Ampang pada 18 November tahun 2018.
Sumber: IG Azura Couture, Hmetro, Beautifulnara