Video nakal tersebar, ini respon Zaquan Adha.. Ayu Raudhah dedah kisah sebenar

Kecoh juga tentang penyebaran satu video nakal mirip penyerang bola sepak kebangsaan dan juga kapten Malaysia, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak.

Video berkenaan kembali menjadi tatapan warga Twitter sejak beberapa hari lalu.

Tahun lepas, memang ada video mirip pemain Kedah itu turut tersebar dengan hanya memakai berseluar dalam putih sedang beraksi di hadapan kamera.

Namun yang terbaru, satu video berdurasi kira-kira dua minit itu sekali lagi dilihat seakan-akan milik wajah Zaquan, kali ini tanpa sebarang urat benag pula.

Bagaimanapun suami kepada pelakon Ayu Raudhah itu enggan memberi sebarang penjelasan mengenai video yang tular itu.

“Maaf… saya tidak perlu perjelaskan apa-apa… cukup sekadar famili saya sahaja yang tahu apa yang terjadi,”

Zaquan Adhan menjawab soalan dari pihak media menerusi aplikasi WhatsApp kepada mStar.

Pada November lepas, pelakon Ayu Raudhah ada tampil memberi penjelasan mengenai video Zaquan yag tersebar ketika itu. Katanya, video itu adalah antara mereka berdua tetapi telah tersebar sejak telefon nya rosak.

“Saya orang pertama yang tahu tentang video itu kerana ia dalam telefon bimbit saya yang rosak.

“Ia adalah video peribadi antara saya dan suami. Video itu tersebar selepas saya menghantar telefon peribadi saya untuk dibaiki,”

Untuk pengetahuan, Zaquan, merupakan pemain bola sepak senior negara telah berkahwin dengan Ayu pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here