Video nakal suami, akhirnya Ayu Raudhah buat laporan SKMM

Baru-baru ini, telah tersebar satu video menunjukkan kenakalan individu mirip pemain bola sepak, Zaquan Adha yang juga suami kepada pelakon, Ayu Raudhah.

Namun, sebenarnya, Ayu Raudhah mendedahakan bahawa dia telah terlebih dulu sudah mengetahui kewujudan video terbabit. Ini kerana video berkenaan adalah koleksi peribadi mereka yang telah disebarkan individu tidak bertanggungjawab.

Ini penjelasan dari Ayu Raudhah:

“Saya orang pertama yang tahu tentang video itu kerana ia dalam telefon bimbit saya yang rosak. Ia adalah video peribadi antara saya dan suami. Video itu tersebar selepas saya menghantar telefon peribadi saya untuk dibaiki”

Video yang tersebar itu memperlihatkan individu mirip Zaquan Adha memakai seluar dalam berwarna putih beraksi di depan kamera. Apabila video berkenaan tersebar, Ayu memebritahu dia amat terkejut dan kesal dengan perkara yang boleh menjejaskan nama dan reputasi suaminya.

“Pihak kedai itu kata video dan foto dalam telefon itu tidak dapat diselamatkan. Tidak sangka pula keluar video itu, ia adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab”

Dalam pada itu, Ayu berkata, suaminya sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pelakon Ayu raudhah yang jug aadik kepada Rozita Che Wan telah berkahwin dengan pemain bola sepak Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah. Zaquan merupakan kembar kepada Aidil Zafuan.

Pasangan popular ini telahpun dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser 5 tahun, Muhammad Aisy Aryann 4 tahun, dan Laura Zulaykha baru berumur 1 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here