( Video ) Merajuk Sebab Handphone Budak 10 Tahun Cuba Terjun Dari Tingkat 19

Zaman sekarang adalah zaman IT yang serba moden justeru dengan berkembangnya gajet serta telefon bimbit yang berleluasa penggunaanya. Tak kira lapisan umur, penggunaan telefon bimbit digunakan secara berluasa.

Kes terbaru telah melibatkan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dikatakan telah bertindak dengan cuba terjun daripada tingkap rumahnya yang berada di tingkat 19.

Dikatakan bahawa kanak-kanak perempuan tersebut telah merajuk dengan ibunya disebabkan telefon bimbit. Tindakan yang dilakukan oleh budak perempuan tersebut telah menyebabkan ibunya ketakutan dan risau akan keselamatan anaknya.

Kejadian itu dikatakan terjadi lebih kurang pukul 4 petang pada ahad lalu di sebuah apartmen berhampiran Larkin, Johor Bahru. Budak perempuan yang berusia 10 tahun itu dilaporkan telah bertikam lidah dengan ibunya berkenaan masalah handphone.

Akibat daripda pertengkaran itu, tanpa berfikir panjang managsa telah mencuba terjun dari apartment dan telah menyebabkan ibunya panik serta menghubungi pihak bomba dengan segera bagi meminta bantuan.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Suhaimi Jamal dia telah mengerahkan seramai 19 anggota serta dua jenetera dikerahkan ke apartment tersebut dan sebaik sampai pihak bomba mendapati budak perempuan itu berada di luar tingkap rumahnya yang tanpa jeriji.

Sesungguhnya keadaan budak perempuan 10 tahun itu sangat merbahaya. Kemungkinan untuk jatuh adalah sangat tinggi. Ditambah pula dengan ketinggian mangsa yang berada di tingkat 19.

Dengan kecekapan daripda pihak bomba yang telahpun membuat persiapan untuk menyelamat mangsa dengan menggunakan tali di tingkat 20 dan ‘air cushion’ di tingkat bawah.

Dengan pujukan daripada salah seorang anggota bomba telah berjaya memujuk kanak-kanak tersebut lebih kurang 15 minit. Kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu termakan pujukan dan menghulurkan tangannya untuk masuk ke dalam rumah dengan selamat.

Dilaporkan bahawa kanak-kanak terbabit kemudian dibawa turun serta diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan serta tindakan lanjut.

Gara-gara bergaduh dengan ibu kerana penggunaan telefon, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun nekad keluar melalui tingkap rumah dan duduk dibelabas seluas 0.6meter, tingkat 19.Kejadian berlaku di Apartment Season, di Johor bahru petang tadi.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Timbalan Penguasa, Suhaimi Jamal berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes seorang kanak-kanak perempuan berada diluar bangunan tingkat 19, kira-kira jam 4.10 minit petang.Sepasukan anggota penyelamat bergegas ke lokasi kejadian untuk mengambil langkah bagi menghadapi kemungkinan kanak-kanak berkenaan terjun.Pasukan penyelamat turut menggunakan tali di tingkat 20 dan menyediakan kusyen angin di tingkat bawah. Pada masa yang sama seorang pegawai, Ismarulnizam Isnin cuba memujuk mangsa.Selepas 15 minit usaha memujuk dilakukan, akhirnya mangsa menghulurkan tangan dan masuk semula ke dalam rumah.Mangsa kemudiannya di bawa turun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.Sumber : Buletin TV3#Inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Sunday, 6 October 2019

Sumber : Info Roadblocks JPJ/Polis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here