Satu kejadian agak seram telah menjadi viral di media sosial di negara jiran Indonesia. Telah kecoh selepas kelibat hantu berjaya dirakam menerusi satu video amatur secara tak sengaja.
Menerusi rakaman video itu, ianya memaparkan seorang kanak-kanak sedang asyik makan jagung bakar di daerah Megamendung, Puncak, Bogor, dan seseorang telah terakam sosok seperti hantu di belakangnya.
Klip video itu dikongsi oleh pengguna laman FB bernama Anggih di Facebook itu menunjukkan wanita berambut panjang dan memakai baju putih duduk di tempat menjual jagung bakar tersebut.
Sehingga hari ini, video tersebut telah ditonton 335,000 kali dan dikongsi 6,500 kali.
Ini videonya:
Ada penampakan saat anaku makan jagung,lokasi Mega mendung puncak…real Fiona Zun Kanaya
Posted by Anggih Drift Vfighter on Tuesday, 21 August 2018
Perakam video terbabit ialah Sulastri. Dia mengatakan dia tidak sedar kehadiran sosok wanita berambut panjang itu ketika membuat rakaman video tersebut.
“Saya terus hantar kepada suami. Ketika sampai di hotel, baru saya perasan tentang wanita itu dan sememangnya saya terkejut. Ketika membuat rakaman itu, hanya ada wanita yang memakai tudung hitam,”
Di ruang komen, beberapa pengguna turut menyebut video itu mungkin telah disunting. Namun, Sulastri menafikan dia adalah melakukan suntingan pada video tersebut.
“Ia adalah video asli. Saya sendiri menyedari kelibat itu selepas membuat rakaman itu,” kata wanita itu lagi.
Kesahihan video itu kini sedang disiasat dan sehingga kini masih lagi menjadi misteri. Ada mengatakan ianya adalah kuntilanak, satu nama hantu di Indonesia yang menakutkan. Sumber – Detik.com