Video Gadis Peluk, Mandikan Buaya, Ini Kisah Sebenar Yang Ramai Tak Tahu

Oleh kerana amat sukakan haiwan jenis eksotik, seorang gadis telah memiliki keberanian yang amat luar biasa.

Ini apabila dengan selamba dan tenang, dia memeluk seekor buaya di ruamhnya sekaligus menjadi perhatian paa netizen di laman media sosial.

Gadis berkenaan bernama Azy Nadia Aziz, 22 tahun berasal dari kelantan.

Kata Azy, dia terjumpa haiwan itu berhampiran sebuah sungai di belakang rumahnya sahaja dan melihatnya seperti agak ‘jinak’, gadis ini terus membawanya pulang ke rumah.

Ini kisah sebenarnya:

“Petang itu saya bersama seorang lagi rakan sedang melepak dekat sungai berdekatan rumah dan kami ternampak seekor buaya naik ke darat.

“Saya tengok dia diam dan tak agresif jadi saya cuba nak menghampirinya. Kemudian saya ambil dia bawa balik.

“Niat saya cuma nak bantu sebab ingatkan buaya itu sakit. Sampai di rumah, saya beri dia makan dan selfie sebelum lepaskan semula ke dalam sungai,”

Bercerita pengalaman ketika cuba mendekati buaya kecil itu, Azy berkata pada mula dia ingatkan buaya berkenaan sudah tak lagi bernyawa. Rupanya buaya itu masih hidup.

Ini jelasnya lagi:

“Saya cuba dekatinya perlahan-lahan yang ketika itu sedang kaku. Saya pun ambil peluang untuk pegang dia.

“Sejujurnya saya sangat minat dengan haiwan-haiwan liar seperti itu. Kalau boleh saya nak jadi penjaga zoo dapat peluang dekat dengan binatang-binatang di sana.

“Saya sendiri tak tahu macam mana tiba-tiba ada keberanian untuk mendekati buaya tersebut. Namun, ini bukan pertama kali kerana sebelum ini saya pernah pegang ular dan biawak,”

Selain itu Azy juga menyatakan dia sempat memandikan buaya tersebut di dalam bilik air rumahnya.

“Ia sangat jinak dan tak pernah buka mulut sepanjang bersama saya.

“Kalau boleh saya memang nak bela tapi saya tahu ia salah di sisi undang-undang,”

Selain itu Azy mengakui menerima pelbagai respon selepas upload video bersama buaya itu di laman Facebook sehingga ada yang tersalah faham dan mengecam tindakannya itu.

Namun ada juga mengatakan dia memang seorang yang amat berani dan lain dari yang lain.

Ini komennya:

“Saya jumpa buaya itu 31 December lalu, kiranya saya sambut tahun baru dengan dia.

“Kemudian saya upload di Facebook kerana niat saya hanya untuk berkongsi kegembiraan tapi tak sangka boleh jadi viral begini”

Azy memberitahu dia kini hanya ada membela kucing dan sugar glider di rumah nya.

Zaman skrg buaya ori x membahayakan..Buaya darat je yg bahaya??

Posted by PenMerahdotcom on Sunday, 6 January 2019

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here