“Ustaz Selebriti” pula minta gambar seksi Joy Revfa

Ahli perniagaan Joy Revfa tealh membuat pendedahan dia pernah dihubungi oleh beberapa orang lelaki berstatus suami orang di laman media sosial.

Tanpa mendedahkan nama, Joy Revfa mendedahkan bahawa lelaki berkenaan yang juga dikenali sebagai ustaz selebriti itu membuat permintaan tidak masuk akal antaranya meminta gambarnya.

Ini pendedahan dari Joy Revfa:

Saya mewakili JANDA-JANDA kat Malaysia ni tak berminat langsung pun “suami orang”.. Benda boleh mengelak, buat apa sibuk nak melayan..?! Ingat, Jangan bagi RUANG dan PELUANG sedikit pun utk “suami org” tu cuba dekati kita.. Terus Pasang Niat sebab nak bantu isteri dia & anak2 dia utk mengelakkan kecurangan berlaku..

Kalau ada yg cuba nk DM mengatal tu, just block je.. atau ugut dia akan screenshot msg dia tu bagi kt family/wife mamat tu.. Isteri pun kena tahu password phone suami, IG pass / FB pass tu semua kena pegang.. PANTAU kegiatan suami! Jgn dibiarkan je.. Lelaki SETIA zaman skrg ni dh smakin pupus sbb kecurangan berada di hujung jari je.. Terutama golongan “Ustaz Syed Hamadi” ni lah smakin ramai.. Ada beberapa “ustaz celebrity suami orang” tak segan silu pun msg nak tgk gambar joy kat rumah berbaju seksi.. Depa tak fikir jap lg kita viral screenshot tu baru tau langit tinggi ke rendah. Yg penting, JANGAN START LAYAN..! #andamampumengubahnya .

P/S : biasa “suami org” tu romantik/helok/berduit semua disebabkan rezeki dari isteri dia.. isteri dia makeoverkan, bagi wangi dan bersusah payah.. upload gmbr2 kat IG bahagia2. Tiber kau dtg nak main cantas je pehal..? Dulu waktu busuk tak nak pulak!

Ikhlas, Joy Revfa.

Nama Joy Revfa pernah jadi perhatian apabila perkahwinannya dengan penyanyi Hafiz Hamidun didakwa tidak sah.

Konflik berkenaan tamat setelah Hafiz melafazkan talak satu terhadap Joy Revfa di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada 25 Oktober 2017.

Dalam pada itu, Joy Revfa berkata dia bersedia membuka pintu hatinya untuk mana-mana lelaki bujang. Asalkan lelaki berkenaan bukanlah suami atau tunangan orang lain.

Sumber: IG Joy Revfa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here