Ustaz Hamadi power sangat sampai overshadow Nur, ini respon Amyra Rosli

Tahukah anda, watak Ustaz Madi atau (Syed Hamadi) lakonan Azhan Rani memang banyak diperkatakan di laman media sosial. Malah, watak ini lebih menonjol berbanding watak Nur sendiri dalam drama bersiri popular Nur 2.

Ada yang menganggap watak antagonis ini amat kuat impaknya dan kali ini kesannya lebih besar.

Apabila perkara ini diperkatakan, pelakon utama drama Nur 2, Amyra Rosli sebenarnya langsung tidak berkecil hati dan menganggap ia bukan satu hal yang perlu diperbesarkan.

Ini komen pelakon utama Amyra Rosli:

“Saya tak rasa timbul isu overshadow di antara watak Madi dan Nur. Penonton baru tengok di episod awal, masih banyak lagi permainan yang akan dipersembahkan.

“Saya faham ramai yang bercakap mengenai hal ini di media sosial. Sabar dulu, masih awal untuk buat kesimpulan begitu,”

Kata Amyra Rosli, dia amat berharap bahawa penonton tidak terkejut dengan penceritaan di pertengahan dan akhir episod Nur 2.

“Anda akan nampak kelainan pada ‘warna’ Nur apabila dia mula berani berdepan dengan Ustaz Madi. Lebih banyak kejutan lebih-lebih lagi melibatkan permainan Madi yang lebih besar. Apapun, saya tak rasa para pelakon overshadow antara satu sama lain, semuanya seimbang,”

Dalam drama bersiri Nur, ianya telah mencipta fenomena tersendiri pada tahun lalu seterusnya melayakkan drama bersiri ini menang besar di Drama Festival Kuala Lumpur 2019 yang berlangsung Ahad lepas.

Sumber: Xtra

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here