“Usia 7 tahun ibu bapa berpisah, ia bukan sesuatu yang mudah” – Luahan anak sulung Nurul dan Ajai

Ayu Nazirah iaitu anak sulung kepada kepada selebriti Nurul Wahab dan Ajai (yang telah bercerai) telah berkongsi pengalaman di saat keputusan ibu bapanya itu membuat keputusan untuk berpisah pada usianya baru menjengah tujuh tahun.

Kini, Ayu yang sudah berumur 21 tahun, mengatakan dia sentiasa reda apa yang berlaku dan percaya setiap yang terjadi ada hikmah di sebaliknya.

Ketika kecil, Ayu berkata memang bukan mudah untuk melalui kejadian berkenaan.

Sebagai anak, Ayu berkata tidak mahu bersikap pentingkan diri dan menyakiti hati insan yang menyayanginya.

Dia sentiasa cuba untuk menerima baik dan buruk setiap perkara yang berlaku.

Malah kelahiran adik-beradiknya yang lain terus menguatkan lagi diri Ayu.

Ini antara luahan Ayu:

“Saya tidak mahu menipu jika berkata ia dilalui dengan mudah tapi saya sentiasa ingatkan diri saya keluarga yang berpecah atau tidak mereka tetap keluarga saya.

“Saya masih ingat pada usia tujuh tahun ibu bapa saya buat keputusan untuk berpisah, saya tidak tahu apa akan jadi akan datang. Tapi selepas mereka berkahwin, saya lihat mereka sangat gembira dan dari situ ia menyedarkan saya,” 

“Baik atau buruk kamu perlu terima dan belajar daripada situ. Tiada perkara yang membuatkan saya kecewa tentang itu dalam kehidupan saya.

“Selepas itu adik beradik saya lahir dari kedua-dua belah pihak dan itu adalah yang saya mahu selepas sekian lama menjadi satu-satunya anak tunggal dalam tempoh masa lama.

“Saya mahu menjadi kakak terbaik dan mereka adalah sebab utama saya mahu balik ke rumah”

Ayu akui dia amat bertuah mempunyai dua ibu dan bapa yang banyak mengajarnya tentang erti kehidupan.

Kini Ayu mempunyai hubungan yang baik dengan kedua-dua keluarga di sebelah ayah kandungnya, Ajai dan juga di sebelah ibu kandungnya, Nurul.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here