Harap Nelydia cepat dapat anak.. Ini pesanan Uqasha kepada Hafez

Minggu lepas, pelakon Nelydia Senrose telah selamat diijabkabulkan dengan seorang ahli perniagaan bernama Hafez Alimi.

Kakak kepada pelakon Nelydia Senrose, iaitu Uqasha Senrose ada memberikan satu komen dan dedikasi khas buat adiknnya itu yang kini telah pun bergelar isteri orang.

Umum memang dah tahu bahawa adik beradik Senrose ini dikenali sebagai pasangan adik-beradik yang cukup rapat. Dan sempena perkahwinan, pelakon tersebut memberi ucapan tahniah walaupun akui bagai tidak percaya dengan status baru sebagai isteri yang digalas adiknya itu.

Malah kongsi Uqasha lagi, bersempena dengan sambutan Aidilfitri nanti, keduanya tidak boleh lagi untuk berkongsi satu bilik dan mencuba baju raya sama-sama kerana adiknya itu sudah mempunyai tanggungjawab lain.

Sementara itu, Uqasha Senrose juga berharap pasangan ini cepat dapat anak.

Uqasha juga telah memberi pesanan khas buat Hafez tentang perangai Uqasha yang manja.

Ini ucapan dari Uqasha buat Nelydia:

“MasyaALLAH b , awak cantik sangat tapi malam semalam awak tersangat lah extra cantik . The dress makeup just so perfect that night. Again b tahniah dah jadi bini orang hehe macam tak percaya langsung Baby dah ada new life , nanti puasa and raya tahun ni b beraya dengan suami , dah tak Boleh nak tidur sama2 n bangun sahur or nak kena marah dengan mama sebab selalu bangun sahur dah habis masa hahaah :’) . And raya pun sama nanti dah tk Boleh share one room and try2 Baju raya sama2 sebab b ada tanggungjawab lain kena sedia kan makan pakai cik husband pulak.

“Thank you b bagi Sha seorang Abang which is @mhafezhalimi. Hafeez please jaga Baby baik2 tau! Kalau dia meragam pun layan kan je tau sebab dia manja and kejap je if dia cranky. Sha nak cepat cepat anak sedara sebab aryan khan dah besar dah. So nak jaga anak Baby pulak. I love you so much Nelydia.

Foto: Instagram Uqasha Senrose, Nelydia Senrose

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here