Pelakon Uqasha Senrose dan juga adiknya Nelydia Senrose bukan nama asing dalam industry hiburan tanah air. Tak juga ketinggalan dengan adiknya iaitu Raysha Rizrose yang kini kian meninggkat naik.
Perkembangan terbaru Uqasha Senrose berkata bahawa dia sebenarnya cerewet dalam memilih kawan. Uqasha Senrose juga mengaku bahawa dia lebih memilih untuk berkawan rapat yang boleh dipercayai.
Tujuan dia melakukan hal sedemikian adalah kerana mahu mengelak daripada terpalit dengan mana-mana agenda peribadi kerana ada yang banyak nak ambil kesempatan ke atas individu termasuklah dirinya.
Jelas pelakon cantik ini juga, dia sememangnya tiadak mempunyai ramai kawan dalam industry hiburan tanah air dan berkata hanya rapat dan banyak menghabiskan masa dengan adik-beradik lain dan keluarga nya sahaja.
Komen Uqasha Senrose lagi :-
“Zaman skrang bahaya. Kita perlu had pergaulan sebab pengkhianat ada je kat mana-mana. Oleh kerana itu, saya akan hati-hati utk pilih kawan. Niat org kita tak tahu samada ikhlas ataupun tidak”.
“Sbb sy takut dgn pengkhianat yg selalunya muncul dlm kalangan orang yg kita kenali. Tak kisah ruang lingkung kehidupan sy kecik dan ada mereka yg rapat seperti keluarga asalkan hidup saya tak ganggu org lain”
“Jadual busy bukanlah dirancangpun tetapi ianya rezeki. Selain rezeki, sy bukan ada komitmen lain ketika ini. Jadi lebih baik saya gunakan kudrat saya untuk terus kerja.
“Bukan tak nak ambil waktu utk berehat tapi kalau nak cuti pun saya dah tiada kawan. Selama ini saya rapat dgn family dan banyak habis masa dgn mereka jika cuti ke mana-mana.
“Oleh kerana Nelydia dah berkahwin, sy sendiri perlu faham dia ada keluarga dan situasi tak boleh macam dulu lagi”
“Memang dah jadi lain. Sy rasa kosong sebab tak ada kawan sekepala. Memanglah hubungan kami tak akan putus tapi byk benda dah berubah sebab dia pun dah ada komitmen lain sekarang”
Dia juga berkata bahawa hubungan dengan adiknya iaitu Nelydia Senrose agak lain sikit ini kerana Nelydia sudah pun mempunyai rumah tangganya sendiri di mana dia telah berkahwin pada 6 April 2019 lalu.