Updated: 110 Kes Terbaru COVID-19 Dilaporkan.. 20 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)..

0
375

Hari ini sebanyak 110 kes baharu dikesan hari ini seterusnya menjadikan jumlah kes positif Covid-19 adalah 900.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba,sebanyak 63 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling, Kuala Lumpur. Malah 15 kes pulih dan dibenarkan keluar pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan dibenarkan keluar daripada wad adalah sebanyak 75 kes.

Sehingga hari ini juga, 20 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Bermula 18 Mac lalu, “Perintah Kawalan Pergerakan’ telah dilaksanakan bagi membendung penularan wabak virus covid-19 dan orang ramai dinasihatkan supaya duduk dirumah. Tambahnya lagi, untuk mengikuti dan mengetahui perkembangan terkini wabak Covid-19 di Malaysia boleh didapati melalui saluran telegram CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia; https://t.me/cprckkm.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here