Update Status Terakhir Anggota Kumpulan Seventeen Yang Meninggal Buat Ramai Sebak

Kumpulan Seventeen merupakan antara yang menjadi mangsa insiden tsunami di Indonesia semalam.

Ketika sedang membuat persembahan untuk satu family day satu syarikat, secara tiba-tiba ombak besar menghentam dan menghanyutkan pentas ketika konsert sedang berlangsung.

Video saat pentas berkenaan dilanda tsunami telah menajdi viral di laman medis sosial.

Sehingga hari ini, hanya vokalis kumpulan berkenaan iaitu Ifan yang terselamat manakala dua ahli kumpulan Seventeen telah disahkan meninggal dunia akibat tsunami dan seorang lagi ahli masih belum ditemui.

Anggota kumpulan Seventeen yang terkorban ialah Herman dan juga Bani.

Menerusi laman IG milik kedua-dua mereka, memang terdapat caption dan update yang amat menyentuh hati.

Paling sayu adalah jika kalian membaca komen dari Bani Seventeen. Gambar terakhir dari Bani adalah memuatnaik foto anaknya dengan caption ini: “Hore bapakku pulang”

Ramai netizen yang sedih melihat kemesraan antara Bani dan anaknya dan sayu apabila teringat akan nasib anak kecil itu yang kehilangan ayah tersayang.

Kemudian ada beberapa caption yang menyentuh hati.

Ini update dari Bani Seventeen:

“Qanaah itu lebih baik, karena kita di dunia ini cuma sementara.

“Senyum itu ibadah yang paling ringan.

“Hanya untuk yang paham aja. Mulai hidup dan mati nanti dengan kalimat tersebut.”

Ini pula tulisan terakhir dari Herman Seventeen:

“Menemukanmu.. Bernyanyilah, sebelum bernyanyi itu dilarang.. Dilarang melarang..”

Herman juga ada memuatnaik fot bersama anaknya tak lama sebelum insiden berlaku.

Kedua dua mereka telahpun selamat dikebumikan di kampung halaman masing-masing.

Sama-sama kita doakan buat semua mangsa. Al Fatihah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here