“Untung Mat Salleh Tu Dapat Peluk Mira Filzah” – Ini komen balas Mira Filzah

Sebelum ini, pelakon genit Mira Filzah ada momen yang mana dirinya sedang membuat sukan ekstrem ketika bercuti di Sydney, Australia.

Mira Filzah telah melakukan aktiviti sky diving yang sememangnya satu sukan yang amat lasak dan penuh mendebarkan buat orang biasa-biasa.

Ini perkongsian Mira Filzah:

“I’m shining solo! Tandem 15,000 ft, and 60 seconds freefall. The best feeling ever! This is the first, definitely not the last one. Next, skydive solo? More jumps after this!

Melihat Mira Filzah membuat aktiviti lasak sebegini ianya terus mendapat perhatian ramai.

Akan tetapi perkongsian ini mendapat komen yang negatif pada mulanya apabila video ini ditonton oleh jutaan peminatnya.

Ini apabila Mira Filzah dikatakan dipegang dan dapat guide dari lelaki ketika melakukan ‘skydiving’ berkenaan. Video berkenaan menunjukkan Mira Filzah bersama seorang lagi individu di belakangnya yang membantu Mira ketika membuat aktiviti ekstrim berkenaan.

Ini antara komen dari netizen:

“Untung mat salleh dapat peluk Mira”

Namun tak lama kemudian, Mira Filzah kembali memberi komen balas dan mengatakan bahawa individu berkenaan adalah seorang wanitam cuma dia kelihatan bertubuh sasa sahaja.

Ini komen Mira Filzah: “Perempuan bro, perempuan”

Hehe salah faham saja, bagus juga Mira Filzah tampil beri penjelasan, tak adalah peminat nak membawang tak tentu pasal.

Jadi untuk ditegaskan sekali lagi, ebenarnya individu bersama Mira Filzah itu adalah seorang perempuan dan bukanlah seorang lelaki seperti disangkakan oleh segelintir netizen.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here