Unik Nama Anak Ketiga Aeril Dan Wawa

0
2145

Pasangan selebriti sama cantik sama padan ini iaitu Wawa Zainal dan suaminya, Aeril Zafrel memberitahu bahawa mereka akan menimang anak yang ketiga pada awal bulan Disember tak lama lagi.

Berita gembira tersebut telah diumumkan oleh pasangan ini bersempena majlis memperkenalkan jantina bayi baharu mereka dan pelancaran produk barunya, Baby Girl Limited Edition Soffya & Hayla di Glam Hall, Damansara Perdana, pada Rabu lepas.

Ini pengumuman yang dibuat oleh Wawa dan juga Aeril:

 “Insya Allah, kami bakal dikurniakan anak perempuan dan berharap cahaya mata ketiga kami ini dilahirkan dengan selamat.

“Saya sekarang hanya menunggu waktu saja. Kalau ikut jadual saya dijangka lahirkan anak pada awal Disember ini.

“Alhamdulillah, saya masih diberi kekuatan untuk bekerja meski detik kelahiran boleh dikatakan bila-bila masa saja dari sekarang,” 

“Kami memilih nama Aya Soffya untuk nama anak kami nanti, insyaAllah. Nama tersebut dipilih ketika kami ke Turki baru-baru ini.

“Ketika itu kami ke sebuah masjid yang dinamakan Aya Sofya (Masjid Biru) lantas kami bercadang untuk memberikan nama berkenaan dan Aeril turut bersetuju,” 

Menurut pasangan ini juga, mereka sudah sepakat mahu menamakan anak perempuan mereka dengan nama Aya Soyfa yang membawa maksud Masjid Biru sempena lawatan ke Turki baru-baru ini.

Usahawan dan pelakon ini juga sempat berkongsi berkenaan dengan pek baru kosmetik edisi terhad yang dikeluarkan oleh mereka.

Wawa dan Aeril menberitahu bahawa ia adalah bersempena dengan sambutan baik edisi terhad sebelum ini.

“Kali ini kami keluarga dua variasi untuk pek kali ini, sebab itu kami sarankan pembeli untuk beli keduanya sekali gus kerana masing-masing mempunyai pembayang pipi dan lipstik dalam rona berbeza.

“Selain itu, kami juga keluarkan kira-kira 60,000 unit bagi memberi ruang buat pembeli untuk dapatkan produk ini,” katanya lagi.

Sebagai rekod, Aeril dan Wawa telah bernikah pada 2013 dan dikurniakan dua anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here