Umrah bersama Lan Pet Pet ditunda gara-gara tiada sambutan, ini komen penuh dari agensi pelancongan

0
10878

Agensi pelancongan yang membuat kolaborasi dengan pelawak Lan Pet Pet untuk mempromosikan pakej mengerjaan umrah telah membuat satu pengumuman bahawa mereka terpaksa menunda pakej perjalanan seperti yang diiklankan oleh pelawak itu.

Perkara ini diumumkan oleh Nor Aishah Idris, pengarah kepada agensi pelancongan Ambar Travel & Tours.

Nor Aishah berkata keputusan itu dibuat selepas Lan Pet Pet dan juga pihaknya sendiri gagal mengumpul jumlah peserta yang diperlukan.

Ini komen Nor Aishah:

“Pakej umrah itu sebenarnya bergantung pada jumlah peserta yang berminat. Mengikut syarat perjanjian, Lan perlu mencari peserta sendiri.

“Tapi bila sampai masa, pihak kami dan Lan sendiri gagal mengumpul peserta menyebabkan pakej umrah yang dipromosikan di Instagram itu terpaksa ditunda ke tarikh lain”

Awal minggu ini posting promosi umrah di Instagram Lan Pet Pet telah menjadi tempat serangan dari para netizen.

Ia gara-gara kecoh dengan kes membabitkan seorang pelawak terkenal yang dikatakan memukul seorang pengawal keselamatan warga emas dalam kejadian pertengkaran di Taman Acacia, Nilai, Negeri Sembilan.

Selepas ditahan pada Ahad, suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis pada keesokan harinya.

Sehngga kini, masih belum ada identiti yang didedahkan kepada umum.

Sementara itu mengulas berkata tentang gesaan netizen agar agensi pelancongan yang diwakili Lan itu membatalkan semua kolaborasi, Nor Aishah berkata kerjasama antara mereka hanya bersifat sementara mengikut projek yang dipersetujui.

Ini jelas pengarah itu lagi:

“Untuk pengetahuan semua, Lan Pet Pet bukanlah duta yang dilantik untuk syarikat kami. Mengikut perjanjian dan beberapa syarat yang ditetapkan, sekiranya Lan berjaya melaksanakan trip tersebut… baru dia dilantik menjadi duta.

“Kami masih dalam perbincangan dengan rakan kongsi mengenai perlantikan itu. Namun ingin ditegaskan sebarang keputusan termasuk penundaan umrah mengikut tarikh yang diiklankan Lan tiada kene mengena dengan kes melibatkan pelawak yang dihebahkan itu”

Nor Aishah juga mendedahkan bahawa pihaknya masih belum menerima apa-apa kenyataan daripada Lan.

“Pihak kami belum menerima apa-apa maklum balas daripada Lan. Kami berlapang dada dan tiada masalah dalam isu ini malah kami juga tidak mahu membesarkan isu ini.

“Pihak kami berikan ruang untuk Lan dan tak nak terlalu mendesak”

Itulah kenyataan tentang pakej umrah tersebut.

Sumber: mStar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here