“Ujian besar untukku, aku tewas” – Mengalir air mata anak kepada pengasas Dnars

Umum dah tahu bahawa pengasas produk kecantikan Dnars, Faziani Rohban Ahmad, telah disahkan meninggal dunia akibat satu kemalangan antara Toyota Estima dengan sebuah lori di Pattani, Thailand, awal hari ini.

Anak Allahyarham, Iqbar Hakim yang juga merupakan Pengurus Pemasaran produk kecantikan tersebut telah memuatnaik satu video tentang kisah pemergian ibunya.

Ini katanya:

“Assalamualaikum semua. Saya ada berita sedih.. Saya baru sahaja selepas kehilangan bonda tercinta disebabkan kemalangan jalan raya. Saya dalam perjalanan pulang ke kampung..

“So kpd semua tolong sedekahkan Al-Fatihah buat arwah bonda saya,”

Video tersebut dirakam Iqbar yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman.

Difahamkan, Allahyarham Faziani, dalam perjalanan untuk memberi sumbangan kepada anak-anak yatim.

Terdahulu, Allahyarham Faziani telah menunaikan umrah di Mekah, kira-kira tiga hari lalu.

Kemudiam Allahyarham Faziani difahamkan berangkat ke Jakarta untuk berbuka puasa bersama anak yatim.

Ini antara luahan dari Iqbar Hakim

“Tolong sedekah al fatihah Faziani Binti Rohban Ahmad

“Saya dalam perjalanan balik dari KL ke KB , terpksa balik dgn kereta , disebabkan flight terlalu ptg (lwt)untuk kejar wktu , sahabat saya yang pandu kenderaan. Sekian.

“Allah ambil arwah dlm bulan ramadhan dan selepas balik dr umrah. Inshaa Allah, kematian husnulkhotimah. Innalillahi wainna ilayhi rojiunn. Semoga rohnya ditmptkn dikalangan kekasih Allah swt dan digantikan tmptnya lebih baik dr di dunia. Amin

Takziah buat keluarga arwah dan sama-sama kiata doakan untuk arwah Faziani. Al fatihah.

Sumber: IG Iqbar Hakim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here