Ucapan Sweet Fattah Amin Untuk Fazura, Buat Ramai Kagum

Bersempena ulang tahun kelahiran pelakon popular tanah air, Nur Fazura yang ke 35 tahun yang diraikan pada Khamis, Fattah Amin memberi ucapan istimewa buat isteri yang amat disayanginya itu.

Fattah Amin berkata dirinya berasa amat bertuah kerana memiliki Nur Fazura sebagai suri hati hidupnya dan menganggap wanita itu adalah anugerah terbaik daripada tuhan kepada dirinya.

Menurut Fattah Amin lagi, isterinya itu juga telah membawa kebahagian serta kegembiraan dalam hidup mereka berdua.

Ini ucapan khas Fattah Amin buat isteri tercinta:

“Happy birthday to my fabulous wife @missfazura … You are the greatest gift from Allah to me… I will always feel lucky to have you as a wife… You bring me so much happiness and joy… No man could ask for a better wife than you… Queen of my heart. You are always full of positivity and you have such a good heart who’s always very supportive, kind not just to me but to everyone. You always have respect for me and always treating my family like yours… InshaAllah i will always pray for us everyday… May Allah keep you safe and bless you with everything good in dunya and akhirah. I know you will be a good mother one day for our children… May all your wishes come true and i will always be beside you til Jannah InshaAllah.”

Fattah Amin telah memuat naik beberapa foto menunjukkan mereka berdua sedang menikmati makan malam dalam suasana yang amat romantis. Memang sweet habis. Selain itu, turut kelihatan sebuah kotak barang kemas berjenama Ceres dan kek yang dihadiahkan untuk isteri kesayangannya itu.

Sebelum ini, Fazura telah membuat kejutan hari lahir untuk Fattah yang ke 28 tahun ketika dia berada di New York. Walaupun mereka tidak dapat menyambutnya bersama di Malaysia, namun ‘birthday surprise’ yang dirancang Fazura itu berjaya membuat Fattah gembira dan terharu.

Semoga pasangan ini berbahagia selalu. Memang pasangan suami isteri yang amat sweet.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here