Tya Ariffin selamat timang anak perempuan, ini reaksi Siti Nurhaliza

Nampaknya bertambah lagi keluarga besar Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Hari ini, isteri kepada Asyraf Khalid yang juga pelakon dari Indonesia, Tya Ariffin selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka pada pukul 9.21 pagi Khamis.

Berita gembira itu dikongsikan di Instagram, dan pasangan berkenaan masing-masing memberitahu bayi perempuannya itu diberi nama Azzahra Jiwa Asyraf.

Ini tulis Asyraf, anak kepada Datuk K:

“Alhamdulillah Tya telah selamat melahirkan anak kedua kami, seorang bayi perempuan pada pukul 9.21 pagi Khamis.

“Syukur kepada tuhan, Selamat datang ke dunia Azzahra Jiwa Asyraf,”

Sementara itu Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga ibu tiri kepada Asyraf turut tidak melepaskan peluang mengucapkan syukur atas kelahiran itu.

Ini tulis Siti Nurhaliza:

“Alhamdulillah, Subhanallah… Berita gembira di hari yang mulia.”

Selain itu, ramai juga rakan artis yang tampil memberi komen tentang kelahiran anak kedua mereka ini.

Antaranya ialah Fizo Omar, Ummi Nazeera, Fara Fauzana, Marsha Milan Londoh, Daphne Iking, Farah Dhiya, Eina Azman dan Zulin Aziz.

Tahniah diucapkan buat Tya Ariffin dan Asyraf. Selamat berpantang buat Tya dan semoga bertambah bahagia dengan kedatangan insan terbaru.

Untuk pengetahuan, Tya yang merupakan pelakon dari negara Indonesia dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015.

Pasangan ini telah menimang cahaya mata pertama iaitu Arif Jiwa Asyraf pada 31 Mac 2017. Arif merupakan antara kanak-kanak cilik yang popular di Malaysia.

Sumber: IG

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here