Tuntut Rumah Agam RM41.2 Juta Serta Nafkah Anak RM 123,000 Sebulan

Kemelut isu rumah tangga bekas ratu cantik Moscow iaitu Rihana Oksana yang juga merupakan bekas isteri kepada Sultan Kelantan nampaknya semakin rumit.

Menurut peguam dari pihak Sultan Kelantan, pihaknya telahpun menghantar surat pencerain talak tiga terhadap bekas ratu cantik ini kepada peguamnya.

Berita ini kembali sensasi apabila Rihana Oksana sendiri telah mendedahkan tentang isu rumahtangganya dalam satu interview bersama Daily Mail.
Malah dia juga ada berkongsi vedio tersebut di laman sosial Instagramnya.

Didalam vedio tersebut Rihana telah bercakap tentang hal sebenar yang terjadi di antara dia serta Sultan Muhammad V dan dia mendedahkan bahawa baginda sudah tidak lagi berjumpa dengan anaknya sejak disember tahun lalu.

Malah Rihana juga mendakwa bahawa baginda sendiri sengaja bersembunyi daripada mereka berdua.

Turut dikatakan dalam vedio temubual itu, bekas ratu cantik ini juga mendakwa bahawa baginda sendiri yang mencetuskan skandal tentang hubungan mereka serta dia meminta maaf bagi pihak baginda.

Dia juga amat berharap baginda untuk memikirkan tentang reputasi imej baginda segaligus akan menghentikan segala kemelut yang melanda.

Dalam pada yang sama menurut akhbar The Sun Uk hari ini telah melaporkan bahawa Rihana Okasa telah menuntut sebuah rumah agam yang di anggarkan bernilai lebih £8 juta (RM41.2 juta) serta nafkah saran anaknya iaitu Leon sebanyak £24,000 (RM123,694) sebulan.

Berita mengenai itu sendiri telah didedahkan oleh sumber terdekat baginda kepada Mail Online.

Sebagai rekod, akhbar Straits Times telah melaporkan bahawa pasangan itu telahpun bercerai talak tiga selepas enam bulan berkahwin.

Apa yang menjadi tanda tanya semua orang adalah apabila pihak peguam Sultan Kelantan V turut memperkatakan bahawa Leon iaitu bayi kepada Rihana Oksana itu tiada bukti mengkaitkan bahawa ia adalah anak kandung Sultan Muhammad V.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here