Tunjuk Hebat Makan Cili, Sekali Tercekik

0
2178

Dalam dunia serba moden dan penuh dengan teknologi digital membuka peluang kepada semua orang untuk berjaya dengan menggunakan platform media sosial.

Salah satunya adalah dengan menjadi YouTuber yang boleh menghasilakn ribuan malah puluhan ribu ringgit sebagai pendapatan.

Terkini, seorang YouTuber yang popular di media sosial telah pun menyahut cabaran dengan memakan cili.

Akibat daripada tindakan yang dilakukannya itu telah menyebabkan dirinya tercekik cili ketika mengunyah.

Dia yang juga merupakan seorang pelawak dari Mexico yang dikenali sebagai Hugo Lara telah menunjukan dirinya sendiri memakan dua cili habanero yang merupakan salah satu cili paling pedas di dunia.

Ketika dia sedang memakan cilik tersebut semasa mengunyahnya, dia dilaporkan telah tercekik dan telah dikejarkan ke hospital selepas jatuh sakit akibat perbuatan ini.

Walaupun berlakunya insiden tersebut,Hugo Lara tetap memuat naik video berkenaan di saluran YouTube miliknya agar ditonton oleh para pengikutnya.

Dalam rakaman klip video tersebut jelas menunjukkan bagaimana adiknya, Yazmin serta dua lagi wanita mula memakan cili pedas tersebut bersama dengannya.

Selepas insiden tersebut, YouTuber itu telah memberitahu bahawa keadaannya kini beransur pulih. Aduh macam-macam perangai orang sekarang yang nak popular.

Ada yang sangup melakukan pelbagai aksi malah kerja yang tidak masuk akal semata-mata mahu meraih populariti. Disamping itu, dengan adanyan video seperti itu yang dianggap sebagai rare akan membuatkan penonton ini melihat kandungan video tersebut.

Maka dengan itu banyaklah pendapatan yang akan diperolehi oleh YouTuber terkenal tersebut. Bijak juga ya strategi marketing macam ni. Apa-apa pun harapnya jangan lah ada pula bintang YouTube dari Malaysia yang sanggup membuat video yang mengundang padah macam ni.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here