“Tunggu Daddy (Aidil) Kasi Tiket”- Rita Rudaini Mahu Bawa Anak Tengok Bola Sepak Bekas Suami

Pelakon jelita Rita Rudaini dan Aidil selalu dikatakan bergaduh. Namun Rita Rudaini menempelak dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya mempunyai dendam sehingga menghalang anaknya berjumpa dengan bekas suami, Aidil Zafuan Abdul Razak.

Kata Rita dia tiada masalah dengan bekas suaminya itu dan hanya orang diluar sana sahaja suka buat cerita dan bercerita tentangnya.

Malah dalam perkembangan terbaru, Rita Rudaini ada membuat kenyataan dan meuatnaik foto anaknya sewaktu kecil bersama Aidil Zafuan di Instagram.

Ini komen Rita Rudaini:

SPEKULASI MANUSIA

“Macam-macam spekulasi manusia kalau sis upkan pasal anak-anak. Tak bagi jumpa anaklah, dendam sampai anak jadi mangsalah, tak bagi anak main bola sebab pak dialah.

“Seronok sis baca cerita dongeng rekaan manusia diluar sana. Nah sis belanja gambar anak beranak. Maaf gambar lama tapi sentinmental tau. Pic baru takda so sis belanja gambar lama ja. Sis takda masalah pon dengan bekas suami. Kita tak gaduh pun husnuzon je”

TUNGGU DADDY KASI TIKET

“Nak buat macam mana dah DNA bapak depa. Tak salahlah sis post gambar depa anak beranak. Sis takda masalah dengan Daddy Ryan and Juna. Harap lepas ni jangan pertikai sis tak bagi itu ini.

“Takkan semua sis nak cerita kat orang. Takpe one day mommy bawak tengok game daddy. Tunggu daddy kasi tiket”

Di ruangan komen, para netizen memuji tindakan Rita Rudaini yang menjaga baik hubungan anak-anaknya bersama bekas suaminya itu.

Aidil Zafuan dan kembarnya Zaquan Adha ketika ini sedang beraksi untuk pasukan kebangsaan dalam misi untuk membawa pulang piala agung AFF Suzuki Cup 2018.

Zaquan Adha merupakan ketua pasukan Malaysia di Piala AFF Suzuki edisi kali ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here