Sejak dari petang tadi kecoh apabila satu berita mengenai pelakon Intan Najuwa dikatakan telah bertindak memadam gambar tunangnya iaitu Razrul Anwar Rusli di laman sosial Instagram miliknya.
Hasil tinjauan juga menunjukan bahawa pelakon kecil molek ini turut bertindak unfollow IG tunangnya malah tunangnya itu juga melakukan hal yang sama.
Tetapi apabila ditinjau, Razrul masih lagi follow IG adik beradik Intan Najuwa. Disebabkan perkara ini, warga netizen sekali lain telah membuat pelbagai andaian tentang status hubungan antara mereka berdua.
Pihak Harian Metro dikatakan telah menghubungi Razrul Anwar bagi meminta penjelasan tentang hal ini. Dia ditanya kenapa Intan Najuwa bertindak memadam berberapa gambar mereka bersama di laman Instagram.
Ini komen yang diberikan oleh pelakon ini:
“Ada lagi gambar saya. Ya, hubungan kami masih seperti biasa. Terima kasih kerana ambil berat dan doakan kami,”
“Berkenaan gambar itu saya tak mahu komen. Nanti keadaan jadi lebih buruk. Harap faham, terima kasih,”
Seperti yang sudah maklum, ternyata Razrul malas mengulas isu ini dengan lebih panjang apabila ditanya berkenaan gambar mereka yang dipadam itu..
Dia juga turut memberi tahu bahawa ada lagi sekeping gambar mereka bersama di Instagram pelakon drama Setelah Ku Miliki itu.
Apabila ditanya tentang komen tentang gambar mesra tunangnya bersama hero drama Zul Arifin yang memaparkan aksi mesra di dalam air yang tular baru-baru ini. Menurut Razrul dia tidak mahu memberikan sebarang komen tentang hal itu.
Apa yang menariknya kedua-dua pihak hero dan heroin drama Setelah Ku Miliki itu bertindak mendiamkan diri dan tidak langsung tampil memberikan komen tentang gambar tersebut malah senyap seribu bahasa. Sama-sama kita tunggu perkembangan yang selanjutnya.