Tunang Intan Bagi Penjelasan Isu Status Tidak Hormat Dirinya

Semalam kecoh apabila dikatakan bahawa status kecewa Instagram yang dimuat naik oleh tunang pelakon kecil molek itu ditujukan pada Intan Najuwa yang didakwa tidak menghormati dirinya.

Status tersebut telah tular di media sosial dan Razrul selaku tunang Intan telah pun memberikan penjelasan yang sebenar.

Menurut Razul lagi, status tersebut bukanlah ditujukan pada Intan malah ia ditujukan sebagai status umum sahaja dan mengakui bahawa hubungan mereka berdua baik sahaja.

Komen dari Razrul lagi berkenaaan isu tersebut :

“Kenyataan itu dibuat secara general… Ia hanya peringatan untuk semua. Saya selalu saja update berkenaan motivasi dan berkongsi perkara-perkara positif di dalam Instagram. Tak pernah negative”.

“Lagi-lagi pula tengah isu mengenai gambar (dipegang Zul Ariffin) itu.

“Sejujurnya saya tak follow pun kerja-kerja artis sebab kami berlainan bidang,”

“Saya selalu menasihati Intan untuk masa depan kami. Saya tidak suka memaksa… saya memahami dia sepenuhnya. Mak juga ada suruh memberi nasihat dan membimbing dia. Alhamdulillah, mereka terima pilihan saya dengan baik sekali”.

“Lagipun kerja itu bukan selamanya akan kena buat begitu. Watak pasti akan berbeza dan caranya juga akan berbeza. Saya tiada masalah, saya tahu Intan bagaimana,”

“Hubungan kami okey sahaja… semalam kami dinner dan pagi tadi kami breakfast bersama”.

“Kami juga berhubung dan berkomunikasi seperti biasa”.

“Isu itu sengaja ditimbulkan media atau orang tertentu untuk kepentingan tertentu. Sama macam politik
“Saya juga tidak menaruh perasan marah kepada sesiapa. Ini adalah lumrah hidup untuk dikritik,”

Menurut Razrul lagi dia mengatakan bahawa dia sedaya upaya membimbing Intan ke arah kebaikan bagi menjamin masa depan mereka berdua.

Baginya lagi, dia tidak memaksa Intan Najuwa kerana dia amat memahami karier Intan yang merupakan seorang pelakon.

Malah mendakwa bahawa mereka tidak mempunyai masalah mahupun bergaduh dengan isu yang timbul. Dia juga tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana memahami lumrah kehidupan seorang artis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here