Tunang Beri Komen Tentang Gambar Panas Intan

Berberapa keping gambar Intan Najuwa dan Zul Ariffin yang sedang galak mesra mandi laut yang tersebar berberapa hari lalu telah pun menjadi bualan hangat warga net.

Warga net lantang memberikan pendapat bahawa aksi sebegitu yang dilakukan oleh heroin drama Setelah Ku Dimiliki itu agak kurang sopan dan kerterlaluan kerana tidak menjaga maruah wanita yang sudah bergelar tunangan orang.

Ini adalah respon yang diberikan oleh Razrul Anwar Rusli selaku tunang kepada Intan Najuwa berkenaan gambar adegan panas tunangnya dengan pelakon Zul Ariffin:

“About the photos ? Sorry… saya tiada apa nak komen. 

“This is free country. People can talk what they want. Saya tak nak tambah-tambah komen. Nanti lagi macam-macam,”

“Saya terkilan kenapa ada pihak sengaja nak sebar dan tularkan gambar berkenaan. Saya kalau boleh tidak mahu ada elemen sebegitu dalam drama.

“Bagaimanapun, saya sudah dapatkan kepastian daripada semua pihak yang terbabit di lokasi dan jelas tiada langsung penggambaran terbabit dalam adegan drama Setelah Ku Dimiliki,”

Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis yang diadakan di Johor Bahru pada 18 Ogos lalu sempena hari jadi Intan Najuwa  yang ke-22.

Sebagai rekod, pengarah terkenal Osman Ali juga turut menafikan adegan terlajak mesra itu merupakan babak dalam drama arahannya.

Pelbagai usaha telah dilakukan bagi mendapatkan penjelasan dari pihak Intan berkenaan dengan gambar terlajak mesra dia dan hero drama tersebut masih menemui jalan buntu.

Pelbagai kontroversi yang melanda Intan Najuwa dengan pelbagai isu dan adegan peluk memeluk serta dipegang oleh pelakon lelaki.

Jika sebelum ini tunangnya memberitahu bahawa dia dalam proses membimbing Intan bagi kebaikan masa depan mereka berdua selepas berkahwin.

Bagi pihak Intan juga mendakwa bahawa dirinya bukanlah seorang wanita yang boleh dipegang sesuka hati dan dia tahu menjaga batas pergaulan dirinya sebagai tunangan orang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here