Tun Mahathir Mengadap Sultan Johor Khamis Ini.. Apakah Yang Dibincangkan?

Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai jadual untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, di Johor pada hari Khamis ini.

Sultan Johor khabarnya telahpun berkenan untuk menerima Tun Mahathir mengadapnya dan ini merupakan pertemuan buat pertama kali sejak Tun Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri ekoran kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Menurut satu sumber, pertemuan antara Sultan Johor dan Tun Mahathir itu akan turut disertai isterinya iaitu Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Ini antara komen dari satu sumber:

“Sememangnya ada dalam jadual Sultan Ibrahim akan bertemu Tun Dr. Mahathir Mohamad di istana pada Khamis ini,”

“Dr Mahathir dan isteri diberi perkenan untuk mengadap Sultan Johor pada Khamis ini. Agenda pertemuan itu tidak diketahui tetapi sudah pasti itu menarik perhatian kerana ia pertama kali Perdana Menteri diterima mengadap sejak perubahan kerajaan tahun lalu.”

“Sejak kembali mentadbir negara, Perdana Menteri tidak pernah secara rasmi bertemu Sultan Johor. Jadi, ini adalah pertemuan pertama mereka”

Namun agenda pertemuan kedua pihak itu tidak dapat dipastikan lagi akan tetapi difahamkan kemungkinan akan turut membincangkan mengenai isu peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15.

Sultan kelantan telahpun meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertuan Agung dan jika diikutkan Sultan Pahang akan menggantikannya. Namun begitu, Sultan Pahang dalam keadaan tidak sihat dan anakandanya kini sedang menggalas sebagai pemangku Sultan Pahang.

Mengikut turutan, selepas Sultan Pahang, Sultan Johor akan dilantik menjadi Yang Di Pertuan Agong yang seterusnya. Namun kita tunggu sahaja pengumuman pada hujung bulan Januari ini.

Sumber:- UTUSAN ONLINE

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here