Tun Mahathir Kecewa Dengan Datuk Seri Najib, Tak Macam Bapanya, Tun Abdul Razak

Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pengakuan bahawa beliau agak kecewa dengan bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak memiliki ciri seperti bapanya Tun Abdul Razak Hussein.

Kata Tun Dr Mahathir, Tun Abdul Razak merupakan individu yang beliau sanjungi. Tambahnya, Tun Abdul Razak adalah orang yang begitu prihatin dengan nasib orang kampung termasuk memperkenalkan pembangunan kawasan luar bandar namun anaknya tidak sedemikan.

Tun Mahathir berkata, Datuk Seri Najib tiba-tiba memberitahunya tentang ungkapan cash is king.

“Bila kita kata ‘cash is king’ bermakna dengan duit kita boleh buat apa sahaja. Bila tak ada duit, curi duitlah,”

Beliau turut kecewa dengan kerosakan jentera kerajaan yang berlaku pada pentadbiranDatuk Seri Najib apabila terdapat pegawai-pegawai kerajaan yang berkempen semasa pilihan raya.

Tun Dr Mahathir berkata, ketika beliau menjadi perdana menteri pertama kali pada tahun 1981, tiada masalah berlaku dengan jentera kerajaan.

Sementara itu, Tun Dr Mahathir yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memenangi kerusi Parlimen Port Dickson dalam pilihan raya kecil kerusi berkenaan pada 13 Oktober ini kerana bilangan calon yang ramai bertanding akan memecahkan pengundi.

Kerusi itu akan melibatkan pertandingan tujuh penjuru termasuk bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abd Samad dan bekas pembantu peribadi Anwar, Saiful Bukhari Azlan sebagai pencabar Anwar.

Ditanya mengenai cara pengosongan kerusi berkenaan, Dr Mahathir berkata, ia tidak menyalahi undang-undang walaupun ada yang mempertikaikan dari sudut moral. Dr Mahathir berkata, kemenangan Anwar akan membolehkannya menjadi Anggota Parlimen.

“Undang-undang membenarkan wakil rakyat letak jawatan dan beri jalan pada pihak lain. Dia bertanding untuk memenuhi kerusi yang kosong. Bila menang dia jadi Anggota Parlimen”

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongkan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, pada 12 September lepas untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim, yang baru-baru ini menang tanpa bertanding sebagai Presiden PKR bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Sumber: Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here