Tomok Luah Rasa Sedih Lihat Keadaan Zamani

Penyanyi popular Malaysia, Tomok, telah meluahkan rasa sayu dan sedih apabila melihat keadaan vokalis kumpulan Slam, Zamani yang mengalami masalah kesihatan ketika ingin membuat persembahan di konsert Gegar Vaganza 5 pada hari Ahad yang lalu.

Kata penyanyi ini, jika dia berada di sana ketika persembahan Zamani itu, sudah pasti dia akan naik ke pentas untuk menyelamatkan keadaan seterusnya membantu penyanyi tersebut untuk menghabiskan persembahannya.

Ketika itu, Zamani memang diam dan gagal menyanyikan lagu di atas pentas.

melihat keadaan itu, Tomok berasa sedih dan ianya telah diluahkan oleh Tomok menerusi akaun Twitter miliknya.

Ini tuils Tomok:

“Kalau aku ada kat sana aku akan terus naik atas pentas. Tak boleh tengok idola aku rasa sedih. Aku akan tolong dia”

Tambah vokalis kumpulan New Boyz itu, dia tidak sampai hati melihat idolanya itu bersedih kerana gagal menjalankan tanggungjawabnya di konsert minggu ke-5 itu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen mengakui akan turut melakukan perkara yang sama sekiranya mengetahui perkara tersebut akan berlaku.

Terdahulu, Zamani yang sepatutnya membawakan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta tidak dapat memeruskan persembahannya kerana dipercayai mengalami masalah kesihatan yang serius.

Insiden berkenaan menyebabkan dirinya hampir tersingkir sebelum diselamatkan oleh penaja utama Gegar Vaganza iaitu Datuk Alif Syukri yang menggunakan imunitinya untuk menyelamatkan Zamani.

Sumber: Twitter Tomok Official

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here