“Tolong jangan paksa saya..” Ardell Aryana

Pada tahun ini, keadaan kesihatan selebriti Ardell Aryana hangat diperkatakan apabila dia dikatakan menghidapi penyakit kanser yang sudahpun berada di tahap tiga.

Status dimuat naik teman baiknya, iaitu pelakon Nadzmi Adhwa di laman media sosial yang menasihati supaya tidak mengalah ketika diuji Allah bagaikan mengesahkan derita yang ditanggung oleh dirinya.

Persoalan itu, bagaimanapun terus menjadi tanda tanya apabila Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin mengambil pendirian untuk berdiam diri dan tak bercerita tentang kesihatannya.

Ardell berkata, dia tidak berniat untuk berahsia, sebaliknya keputusan itu dibuat kerana tidak mahu apa yang dilaluinya menjadi fokus ramai.

Katanya, melihat apa yang berlaku kepada teman artis seperti Elyana dan Puteri Balqis yang mendedahkan diri merek asedah sakit, ini sekaligus membuatkan dia nekad untuk tidak berkongsi masalah yang dihadapi.

Ini kata pelakon Ardell Aryana:

“Tolong jangan paksa saya kerana perkara ini terlalu peribadi untuk dikongsi. Saya juga tidak mahu dikatakan sengaja meraih simpati ramai”

“Mereka memerlukan kata semangat dan sokongan ketika berdepan ujian, namun masyarakat pula lebih suka menghukum.

“Saya tidak mahu perkara itu berlaku kepada diri. Jadi, saya ambil keputusan mengunci mulut dan tidak bercerita mengenai kesihatan saya kerana ia terlalu peribadi,”

Ardell Aryana akui pernah kemurungan gara-gara membaca pelbagai komen keterlaluan di laman sosial.

Apa yang berlaku, kata Ardell, membuatkan dia tidak lagi membenarkan pandangan orang luar mempengaruhi emosinya.

“Pernah pada satu tahap, kesihatan saya mula merosot. Bayangkan ketika saya sedang berjuang melawan kesakitan, saya terpaksa menelan pelbagai andaian.

“Saya dituduh tidak menjaga pemakanan, malah apabila mula berhijab, saya pula dikatakan sedang menanti mati.

“Apabila komen begitu dilemparkan, rasanya lebih baik saya tidak berkongsi,”

Menyentuh perkembangan kerjaya seni, Ardell berkata, dia bakal muncul dalam filem arahan Aziz M Osman, XX Ray 3 dan ini sekaligus menjadi isyarat dia sudah bersedia untuk kembali aktif.

Bakal menjengah pawagam mulai 24 Januari depan, Ardell Aryana berkata, dia sedang mempertimbangkan tawaran baharu memandangkan keadaan kesihatannya bertambah baik.

Sumber: BH

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here