Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi respon balas tentang komen TMJ. Beliau telah menyifatkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim masih tidak faham akan Kerajaan Persekutuan Malaysia.
Kerajaan Persekutuan dikatakan berhak memberi reaksi kepada teguran yang dibuat oleh Raja-Raja Melayu tentang pentadbiran negara, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada komen oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) yang menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak mempolitikkan setiap isu, sebaliknya mula mentadbir negara.
Ini komen dari Tun Mahathir:
“Dia(TMJ) tidak memahami Persekutuan. Barangkali dia belum dilahirkan pada masa itu, jadi dia tidak tahu lah, tetapi saya sudah dilahirkan masa itu.
“Apabila kita membentuk Persekutuan, itu bermakna Persekutuan menguasai seluruh negara.
“Kami mempunyai senarai apa yang dikuasai oleh Persekutuan dan negeri-negeri.
“Tetapi, ia tidak dinyatakan di mana-mana bahawa kerajaan Persekutuan tidak boleh mengeluarkan kenyataan balas kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh negeri-negeri,”
Dalam pada itu, ketika ditanya tentang tafsiran beliau terhadap tanggapan Tunku Ismail ke atas pentadbiran PH, Dr Mahathir hanya berkata: “Dia tiada jawatan apa-apa (dalam kerajaan)”
Ini video temubual Tun Mahathir:
Sebelum ini, pada hari Khamis, Tunku Ismail di facebooknya bertitah kerajaan perlu mula mentadbir, berhenti berperang antara satu sama lain dan berhenti mempolitikkan setiap isu.
TMJ juga akan terus konsisten dan berpegang teguh dengan prinsipnya menyuarakan pendapat terhadap kerajaan Pakatan Harapan demi kesejahteraan rakyat.
“Saya benar-benar mahukan kerajaan untuk berjaya. Saya bangun setiap hari dengan harapan bahawa pendapat saya salah. Tetapi, mereka tetap membuktikan saya betul,”
Sumber: KINI TV